Pages

Tuesday 23 October 2012

Warga Felda perlu waspada

Wartawan Sinar Harian

Hanafi
Hanafi (kiri) bersama Rasman (tengah) dan Samsudin (kanan) pada jamuan hari raya dan majlis meraikan bakal haji dan hajah peringkat Felda Wilayah Johor Bahru semalam.
KOTA TINGGI - Warga Felda dinasihati agar sentiasa mengamalkan sikap berjaga-jaga supaya mereka terhindar daripada terlibat dengan sebarang agenda yang bertujuan untuk merosakkan keharmonian  tanah rancangan ini.
Ketua Peneroka Gabungan Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Wilayah Johor Bahru, Samsudin Othman berkata, dia amat kecewa kerana pada hari ini ada dalam kalangan warga Felda yang sanggup mengambil tindakan untuk menyaman pihak  Felda sendiri.
Menurutnya, sedangkan Felda sendiri mengamalkan sikap yang telus kepada semua penduduk untuk menerima sebarang aduan dan mengadakan perbincangan.
“Kita percaya perkara ini tidak akan terjadi jika tidak ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kelemahan warga peneroka. Oleh yang demikian, warga Felda mestilah sentiasa berwaspada agar kita tidak terus dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan,” katanya pada jamuan hari raya dan majlis meraikan bakal haji dan hajah peringkat Felda Wilayah Johor Bahru di Dewan Serbaguna Felda Lok Heng Barat, semalam.
Samsudin berkata, orang Melayu perlu untuk mempertahankan apa yang ada di bawah pentadbiran kerajaan agar tidak menyesal sekiranya gagal dipertahankan yang menjadi milik bangsa ini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili, Rasman Ithnain berkata, ibu bapa juga haruslah memainkan peranan memastikan anak-anak memiliki ilmu sekurang-kurangnya dengan memiliki diploma.
Jelasnya, kita mahu nama Felda bukan hanya terkenal dengan kekayaannya sahaja malah masyhur dengan generasi mudanya yang berilmu.
“Sebagai ibu bapa juga janganlah menganggap tanah seluas 10 ekar yang kita miliki itu akan terus mewarisi kekayaan kepada anak anak kita. Tanpa ilmu, anak-anak boleh melakukan pelbagai perkara negatif termasuklah bertindak menjual tanah itu.
“Sebaliknya, jika berilmu mereka boleh berfikir dengan lebih matang. Malah, hanya dengan ilmu sahajalah yang akan dapat membela nasib anak-anak dan seterusnya menjadikan mereka berjaya pada masa akan datang,” katanya.
Hadir sama, Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Hanafi Suhada; Pengerusi Gabungan GPW Wilayah Johor Bahru, Sariah Hashim, Timbalan Pengerusi JKKR Felda Lok Heng Barat, Azilah Ahmad.


Paku Said : perosak bangsa memang ramai .. hati-hati dakyah pembangkang

No comments:

Post a Comment