Pages

Tuesday 23 October 2012


APA YANG PENGERUSI ANAK, SDR MAZLAN ALIMAN INGINKAN SEBENARNYA?


Sumber : AGENDA DAILY
oren6-leadxx

"Mungkin kalau ditanya peneroka, ramai antaranya sudah bosan dengan taktik pembangkang terutama PAS yang berterusan memburukkan mereka serta Felda.Pasti mereka juga hairan kenapa Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terus ‘sawan’ dengan menghentam Felda terutama langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini ..........

Terbaru, usaha PAS dan Mazlan memalukan peneroka lain dan Felda melalui himpunan Oren di ibu negara, pada Sabtu bertujuan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyuarakan rasa tidak puas hati segelintir peneroka terhadap Felda......

Pasti itu mesej jelas pada Mazlan, cukup-cukuplah hentam Felda...kalau sesat hujung jalan, kembali ke pangkal jalan...jangan malu kalau nak durian runtuh RM15000 yang Felda bagi...."

Rule Line / Divider - vector Royalty Free Stock Vector Art Illustration
Coretan untuk Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK

Oleh : Nasah Ati

Apa yang saya perhatikan, Mazlan Aliman (MA), Pengerusi Anak merangkap AJK Pas Pusat begitu ghairah menjual dan menonjolkan diri agar dicalunkan lagi dalam PRU 13 yang akan datang.  MA asyik nak membongkar dan mencari kesalahan orang lain dan kerajaan terutamanya Felda. Felda yang saya anggarkan mempunyai 95% peneroka dan kakitangan berbangsa Melayu dan beragama Islam, menjadi sasaran utama MA.  Kenapa ini berlaku?  Sedangkan di tanah rancangan Felda lah tempat MA membesar, bermain dan belajar sehingga menjadi "orang".  Malangnya MA tidak bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang beliau perolehi.  

Apa yang boleh saya katakan ialah "beliau adalah seorang anak peneroka yang tidak mengenang budi".   Sebab apa saya berkata begitu?  Sebab organisasi bertuah inilah yang  beliau asyik kacau dan ingin musnahkan selama ini.  Mungkin beliau tidak sedar telah dipergunakan.  Berpuluh tahun Felda dibina sejak zaman Allahyarham Tun Razak lagi, sejak zaman susah sehinggalah sekarang.  Setelah berjaya dan dikenali diserata dunia, sanggupkan kita biarkan MA musnahkan begitu saja?  Apakah sebabnya MA sanggup menjadi dalang untuk memusnahkan organasasi Felda?  Bagi saya, tak lain dan tak bukan adalah kerana MA mahu membuktikan bahawa MA seorang insan yang boleh diharapkan dan layak menjadi calun dalam PRU 13 yang akan datang.  Biar pihak atasan MA dan sekutunya nampak MA buat kerja, lagi dekat PRU13 lagi galak membongkar.   Inilah yang MA inginkan sebenarnya - MENJADI CALUN POPULAR DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Saya berpendapat, kalaulah benar ada kepincangan dan ketirisan, di Felda sahaja kah yang berlaku? Bagaimana dengan begitu banyak organisasi terutama organisasi yang diterajui dan dimiliki oleh bangsa asing yang melakukan perkara yang sama malah lebih hebat lagi? Hatta perkara penyelewengan dan ketirisan juga banyak berlaku di negeri yang diperintah oleh kuncu-kuncu MA seperti di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.  Saya pasti MA sedar tentang perkara ini. Soalan saya, adakah bangsa asing "sahabat MA" ini telah dan akan membuat perkara yang sama sebagaimana yang MA lakukan terhadap Felda, sebuah organisasi yang dipunyai, diterajui dan dihuni oleh kaum bumiputra Islam seperti beliau? Jawapannya pasti tidak. Saya tidak hairan jika suatu hari nanti nama Felda akan hilang bukan saja di Malaysia, malah di mata dunia disebabkan oleh sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh MA dan rakan-rakan MA yang tidak mau melihat kesenangan dan keharmonian para peneroka dan kakitangan yang telah ujud sejak sekian lama. Pada ketika itu saya pasti MA sudah tak ada dimuka bumi ini lagi dan yang akan kecewa dan menderita nanti tiada sesiapa kecuali anak cucu kita juga terutama anak dan cucu MA kerana MA berasal, pernah tinggal, membesar dan belajar di Felda. 

Oleh itu berpada-pada lah dalam melakukan dan berkata sesuatu, jangan asyik nak mengejar kedudukan dan  kuasa yang akhirnya tidak ke mana, anda yang akan menyesal dan menderita. Apapun yang pasti, MA percayalah "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".

No comments:

Post a Comment