Pages

Tuesday 30 October 2012

'Durian runtuh' fasa ketiga bulan depan


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM5,000  bagi pusingan ketiga kepada generasi kedua peneroka Felda akan mula diagihkan pada November ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri majlis pemberian 'durian runtuh' tersebut pada Himpunan Generasi Baharu Felda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 November ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian fasa ketiga itu melibatkan peruntukan sebanyak RM563 juta.
Menurutnya, kaedah pemberian 'durian runtuh' itu adalah sama seperti dua fasa sebelumnya.
"Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk menerima wang itu atas nama perseorangan atau dibahagikan kepada adik-beradik yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, majlis Himpunan Generasi Baharu Felda tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka, pameran dan forum.
"Kita anggar seramai 10,000 orang akan memeriahkan acara selama tiga hari ini, jangkaan 8,000 terdiri daripada generasi muda Felda dan baki lagi 2,000 para peneroka sendiri," katanya.
Sementara itu, ketika diminta penjelasan berhubung seorang individu dari Sabah memiliki sejuta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV), beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Jelas beliau, Sabah telah diberikan pemilikan saham FGV sebanyak lima peratus.
"Tiada individu yang menerima satu juta unit saham FGV melainkan kerajaan Sabah yang menerima saham lima peratus," tegasnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : Dulu dia org kata FELDA dah Muflis.... kah kah kah kraaahhhh puihhhhh kahak ijau

No comments:

Post a Comment