Pages

Saturday 29 December 2012

Pulangkan Wang Kami

Apapun, himpunan oren pada siang tadi agak anti klimak sikit, sebabnya dengan kehadiran kumpulan Kemahang 3, gedebe Mazlan terus hilang. Telur dia terus masuk ke perut. Sampai sanggup dia kata, tak tahu kat mana Felda Kemahang 3 tu.

Dek kerana kehadiran Kemahang 3, walaupun TS Isa tak timbul untuk menerima memorandum tersebut, Mazlan terus akur walaupun hanya pegawai biasa sahaja yang menerima memorandum tersebut bagi pihak TS Isa. Hilang gedebenya. Maklumlah, cepat diterima, cepatlah dia boleh beredar dan mengelak dari bertembung dengan kumpulan Kemahang 3.

Aku harap, warga Felda bukalah mata dengan hadirnya warga Felda Kemahang 3 yang menuntut haknya. Lain kali, kalau ada apa-apa hal dengan Felda, jumpa pengurusan Felda, berunding! Kalau ingat nak cari wakil anak Felda, jumpa orang yang benar-benar mewakili generasi Felda seperti Sdr Anuar Manaf di gambar bawah ini yang bersama-sama dengan warga Kemahang 3. Dia adalah Pengerusi Majlis Belia Felda yang betul-betul mewakili anak-anak Felda. 
Ingat, korang jangan le pulak jumpa kat Mazlan atau mamak kat bawah ni.


Wednesday 26 December 2012

Konvoi Kembara Oren Pro PAS Cuba Langgar Peneroka FELDA




Beberapa blog dan portal pro pembangkang tika ini sedang spin baik punya dengan memutar belitkan fakta kekecohan yang berlaku pada 23 Disember 2012 di Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan.

Ikut pada laporan geng pro pembangkang, dua peserta Kembara Oren cedera dan sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kuning dipecahkan cermin kononnya dengan sengaja oleh penduduk tempatan serta para peneroka.

Sesiapa yang percaya dengan berita propaganda tersebut, sahihlah memerlukan pemeriksaan segera di hospital berdekatan untuk kenalpasti kedudukan sebenar otak anda sama ada wujudnya di kepala lutut ataupun berada dalam tempurung kepala.

Di bawah ini dua versi cerita dari dua portal pro PR. Baca dengan teliti kemudian bandingkan pula dengan video di bawah yang disertakan.
 
 
 
baca selanjutnya
 
 

Saturday 22 December 2012

FGV: Kalah Di Mahkamah, Balaci PAS Kena Bayar RM3,000 Seorang

FELDA FGV - PAS Jual Temberang Penyokong Pening Sendirian Akhirnya adu domba pakatan pembangkang khususnya PAS menemui satu lagi kegagalan dan ‘kemaluan’ yang amat sangat apabila lapan orang peneroka Felda yang merupakan penyokong PAS kalah lagi di mahkamah.
Kesemua mereka dari Felda Wilayah Jengka itu juga telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh supaya membayar RM3,000.00 setiap seorang kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Tak pasal-pasal PM pula yang akan memperolehi wang durian runtuh RM24,000.000. Selepas ditolak kos guaman dan lain-lain, mungkin baki ada lagi sekitar RM15,000 atau RM20,000.00. Lumayan tu!
Nawaitu PAS menghasut penyokong mereka membawa kes kononnya PM menghina peneroka ke mahkamah mudah untuk kita fahami. Tujuannya tentu sahaja untuk calarkan imej PM sahaja disamping cuba memainkan sentimen kebencian peneroka Felda yang lain terhadap Kerajaan Pusat.
Malangnya, lain yang mereka harapkan lain pula yang jadi. Sekarang siapa yang gigit jari? Padan muka. Memang haramjadah la jawabnya sesiapa yang mudah terikut hasutan pemimpin PAS.
Lama sebelum kes ini, kelapan-lapan penyokong PAS ini juga telah dengan sengaja membuat onar dengan mengemukakan injuksi untuk menghalang Koperasi Peneroka Felda (KPF) mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 22 Februari 2012.
Berikutan injuksi yang dipohon pada 17 Februari oleh balaci-balaci haramjadah PAS itu akhirnya KPF terpaksa membatalkan mesyuarat tersebut dan terpaksa menanggung kerugian wang ringgit dalam bentuk kos pengangkutan, penginapan, sewa bilik mesyuarat dan sebagainya.
Di masa yang sama tindakan saat akhir oleh balaci PAS yang bertuankan Mazalan Aliman itu juga telah menyusahkan lebih 1,200 peneroka yang menjadi perwakilan datang dari seluruh negara.
Akhirnya pada 2 April 2012, mahkamah bersidang semula dan membuat keputusan menerima permohan KPF serentak dengan itu menolak injuksi tersebut dengan kos yang perlu ditanggung oleh kelapan-lapan balaci PAS itu.
Tahu berapa kosnya? Anggaran sekitar RM1.2 juta kerugian yang ditanggung KPF gara-gara pembatalan EGM disebabkan injuksi saat akhir itu kini terpaksa pula dibayar oleh kesemua lapan orang balaci PAS yang akal sejengkal.  [ selanjutnya di sini myKMU.net ]



 Paku said  : kahakahakahakah

Friday 21 December 2012

Saman lapan peneroka terhadap PM dibatal


WARGA Felda Wilayah Jengka mengaminkan doa kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi Temerloh membatalkan saman lapan peneroka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Temerloh, Pahang, semalam. - BERNAMA

TEMERLOH 20 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapan beliau ketika mengumumkan ‘durian runtuh’ Felda Global Ventures Holdings (FGV), di Felda Jengka Lapan, 8 Mei lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir di kamar beliau selepas membenarkan permohonan Najib yang diwakili peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun untuk membatalkan saman tersebut.
Peguam itu memberitahu pemberita, selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, Hakim Akhtar berpendapat ucapan tersebut tidak berbaur fitnah.
Sebaliknya ujar Mohd. Hafarizam, mahkamah memutuskan ucapan itu dan perkataan yang digunakan, suatu bentuk kiasan yang tidak merujuk atau ditujukan kepada mana-mana pihak.
Pada 7 Ogos lalu, lapan peneroka dari Wilayah Jengka memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi di sini berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka.
Pihak plaintif terdiri daripada Samad Yusof dan Idris Mat Sah dari Jengka 14 serta Syed Jamaluddin Syed Muhamad dari Jengka 17.
Lima lagi peneroka yang turut berbuat demikian ialah dari Jengka 15 iaitu Alias Ibrahim, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd. dan Rakiah Sulong.
Pihak plaintif mendakwa ucapan di hadapan kira-kira 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.
Mereka menyatakan, ucapan itu juga telah disiarkan di media massa dan media elektronik dan mereka menuntut ganti rugi am, khas, teruk, faedah dan juga kos.
Perdana Menteri yang dinamakan sebagai pihak defendan pula, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 24 September lalu atas alasan writ saman itu, suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana plaintif tiada kuasa tindakan terhadap defendan, selain tidak merujuk dan/atau mempunyai kaitan kepada defendan.
Dalam keputusan tersebut juga menurut Mohd. Hafarizam, mahkamah mendapati plaintif tidak mempunyai kuasa tindakan selain tiada kaitan dengan saman yang difailkan oleh mereka.
Writ saman tersebut juga menurut hakim itu, mengaibkan defendan, remeh atau menyusahkan dan adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah selain kegagalan pihak plaintif yang mandatori dan menjadikan tuntutan mereka harus dibuang.
Sehubungan itu, Hakim Akhtar membatalkan saman itu dan memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada pihak defendan.
Peguam Mohd. Harris Abdullah yang mewakili lapan peneroka berkata, pihaknya perlu berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
© Utusan Melayu (M) Bhd


paku said : kena bayar RM3000.00 setiap org.... hahahahaahha

Thursday 13 December 2012

Felda saman Mazlan, Harakah, Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Felda menghantar notis tuntutan saman kepada Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, akhbar milik Pas, Harakah dan akhbar milik PKR, Suara Keadilan berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tuduhan Mazlan mengatakan Felda menjual minyak mentah kepada Israel seperti yang diterbitkan oleh Harakah dan Suara Keadilan adalah tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.
Katanya, kenyataan itu juga telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa.
"Sehubungan itu, Felda menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengambil tindakan awal menyaman Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan mengenai kenyataan itu.
"Notis tuntutan juga dihantar oleh pihak peguam kepada mereka yang terlibat pada 10 dan 11 Disember 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 27 November lalu, Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerbitkan berita bertajuk Najib Mesra Israel manakala Harakah memaparkan berita bertajuk Minyak Sawit Jual ke Israel pada 29 November.
Laporan dalam kedua-dua akhbar pembangkang itu memaparkan dakwaan Mazlan bahawa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.
Mengulas lanjut, Mohd. Isa memberitahu, notis tuntutan sama telah dihantar kepada penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar Harakah serta Suara Keadilan selaku golongan bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.
"Sehubungan itu, kami memberi tempoh selama 14 hari kepada Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan tersebut dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda atas tindakan mereka.
"Jika gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


paku said.... hahahah saman bagi dia org tahu tinggi ke rendahnya langit

Saturday 1 December 2012

Saman akhbar pembangkang


Ahmad Maslan ketika menjawab kenyataan Harakah dan Suara Keadilan yang menuduh Felda menjual minyak sawit kepada Israel di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut ekoran laporan berita muka hadapan Suara Keadilan bertajuk Najib Mesra Israel pada 27 November 2012 dan laporan Harakah bertajuk Minyak Sawit Jual ke Israel bagi edisi 26 hingga 29 November 2012.
Beliau memberitahu, kedua-dua akhbar itu telah memfitnah Felda apabila mendakwa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.
"Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel, ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Laporan dalam lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta akhbar milik Pas itu memaparkan dakwaan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa Felda menjual minyak sawit kepada sebuah syarikat Israel.
Menurut Ahmad, ini bukan kali pertama Felda difitnah sedemikian rupa kerana pada bulan Mac lalu, syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn. Bhd. telah difitnah menghantar minyak sawit ke Israel sedangkan produk yang dilabuhkan di negara itu adalah untuk dipasarkan kepada rakyat Palestin.
Jelasnya, perbincangan dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Felda serta peguam syarikat telah diadakan agar tindakan saman dapat diambil terhadap fitnah terbaharu daripada pembangkang itu.
Beliau memberitahu, fitnah pembangkang itu adalah antara punca mengakibatkan saham FGV tidak menentu selain daripada faktor pasaran minyak sawit dunia.


Paku said : tu tanda2 kahak ijau ni dah nk brkubur PRU13 ni... modal dah takdak

Saturday 24 November 2012

ABBY ABADI KANTOI PASAL KELAPA SAWIT!!

depetik dari blog Dr MiM



MiM terkejut dengan satu kenyataan di dalam twitter penceramah bidan terjun artis PAS yang bernama Abby Abadi. Sila baca di bawah :


Kedangkalan artis PAS yang membuat tuduhan tentang 'dagangan Israel-Malaysia' merupakan sesuatu yang amat memalukan.

Anda baca laporan di bawah yang menafikan fitnah tersebut :




Paku said : ustazah sengal krahhhhhh tuihhhh 

Saturday 17 November 2012

588 anak peneroka dapat durian runtuh

KOTA TINGGI 16 Nov. - Sebanyak 588 anak peneroka Felda Air Tawar 5 di sini, menerima durian runtuh berjumlah RM5,000 setiap satu, semalam. Insentif keseluruhan berjumlah RM2.94 juta itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Hamimah Mansor di Dewan Mesra, Felda Air Tawar Lima di sini. Seorang penerimanya, Maszilina Sarbi, 28, berkata, wang itu akan diserahkan kepada ibunya untuk persiapan kenduri kesyukuran. "Sememangnya kami telah berpakat menyerahkan semua wang ini kepada ibu kerana dia lebih berhak daripada kami," kata anak kesembilan daripada 14 beradik itu. Ketua Kampung Felda tersebut, Rohani Abd. Manan, 63, pula berkata, pemberian durian runtuh itu membuktikan kerajaan menepati janji tidak melupakan anak peneroka yang turut membesar dan merasai keperitan hidup sebagai anak tanah rancangan berkenaan. "Pemberian ini adalah penghargaan kepada keseluruhan keluarga peneroka generasi pertama termasuk isteri dan generasi baharu yang sama-sama bersusah-payah membuka tanah rancangan dan hasilnya kini dinikmati semua. "Bagaimanapun, nasib peneroka kini amat jauh berbeza kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di tanah-tanah rancangan seperti jalan raya, elektrik, kedai dan sekolah. Anak-anak peneroka juga mempunyai peluang yang luas untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi menerusi pemberian biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap generasi kedua Felda bersyukur dan memanfaatkan wang yang diterima dengan sebaik mungkin. Sementara itu, Ismail Manaf, 51, berterima kasih kepada pengurusan Felda dan kerajaan atas pemberian itu serta akan menyerahkan wang tersebut kepada ibunya sebelum diagih-agihkan kepada adik-beradik lain. "Duit ini saya bercadang mahu menyimpan dan menggunakannya apabila keadaan memerlukan," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

 Utusan Malaysia 17hb NOV 2012

Monday 12 November 2012

Anak FELDA terima RM563 juta

Najib disambut meriah pada Himpunan Generasi Baru FELDA di Padang Kawad UiTM Shah Alam, semalam. - Foto Yong Chee Chong Najib disambut meriah pada Himpunan Generasi Baru FELDA di Padang Kawad UiTM Shah Alam, semalam. - Foto Yong Chee Chong
Durian runtuh fasa ketiga untuk manfaat generasi kedua

Shah Alam: Kerajaan terus menunaikan janji apabila menyerahkan durian runtuh kepada generasi kedua FELDA sebanyak RM5,000 kepada setiap 112,636 keluarga berjumlah RM563.2 juta semalam.
Datuk Seri Najib Razak, berkata penyerahan durian runtuh fasa ketiga itu bertujuan memastikan generasi kedua FELDA mendapat manfaat daripada penyenaraian FELDA di Bursa Malaysia pertengahan tahun ini.


Durian runtuh

“Kita janji bagi durian runtuh. Fasa pertama peneroka dapat habuan. Fasa kedua penerokawati dapat limpahan dan kini giliran generasi kedua iaitu anak peneroka dapat rahmat daripada durian runtuh ini.

“Ia membuktikan kita tidak pernah mungkir janji. Janji Ditepati bukan sekadar slogan tetapi suatu yang dapat kita buktikan,” kata Perdana Menteri disambut sorakan 12,000 orang yang memenuhi padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Najib menyampaikan replika cek kepada wakil 11 Wilayah FELDA, iaitu Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Baharu, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu.
Durian runtuh akan dibayar dalam bentuk cek menerusi rancangan FELDA dan keluarga menentukan cek berkenaan atas nama individu.

Najib juga berkata, beliau sudah mengarahkan FELDA berbincang dengan Menteri Besar supaya meluluskan proses pertukaran status tanah untuk pembinaan 4,000 lagi banglo pasang siap bernilai RM70,000 untuk generasi kedua FELDA di seluruh negara.

“Selain itu, dalam program Sentuhan Kasih, RM120 juta diperuntukkan bagi membolehkan warga FELDA meningkatkan pendapatan menerusi projek pertanian yang membawa pulangan besar.

“Tiga projek perintis Sentuhan Kasih di Besut, Chini dan Tenggaroh sudah dilaksanakan bagi membolehkan generasi kedua mendapat pulangan lebih besar serta memiliki rumah lebih selesa.

“Projek 300 unit rumah pasang siap yang boleh disempurnakan dalam tempoh tujuh hari akan dilaksanakan,” katanya merujuk kepada pelan Transformasi Felda yang diumumkan sebelum ini.

Thursday 8 November 2012








JADUAL HARI KETIGA


9.00 am – 12.00 am    Pertandingan  (Akhir)

12.00 pm – 01.00 pm   Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
                                  YB. Tan Sri Mohd. Isa bin Dato’ Hj. Abdul Samad, 
                                  Pengerusi FELDA

01.00 pm – 03.00 pm Solat Zuhur / Makan Tengahari / Bersurai

JADUAL HARI KEDUA

10 NOVEMBER 2012


8.30 am  – 9.30 am       Persembahan Pentas

9.30 am – 11.30a.m    Majlis Perasmian
                                  YAB DATO’ SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABD. RAZAK
                                  Perdana Menteri Malaysia

11.30 – 1.00 pm            Persembahan Pentas & Cabutan Bertuah

1.00 pm - 2.30 pm       Solat Zuhur / Makan Tengahari 

2.30 pm – 4.15 pm       Pertandingan Sukan Lasak Bermula
4.15 pm – 5.00 pm       Solat Asar

5.00 pm – 6.30 pm       Pertandingan  (Separuh Akhir)
7.00 pm – 9.00 pm       Solat Maghrib / Makan Malam / Solat Isyak

9.00 pm – 11.30 pm     Konsert  Hiburan Generasi Baharu (HIGEBA) FELDA

Jadual Hari Pertama


9 November 2012, 8.30 malam 

MAJLIS WACANA GENERASI BAHARU FELDA 

Ucapan Aluan 
YBhg Tuan Haji Faizoull bin Ahmad 
Pengarah Besar FELDA 

Ucapan Perasmian 
YB Datuk Hj. Ahmad bin Maslan Timbalan 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 

Penyampaian cenderahati 
Persembahan Pentas : Kumpulan Nasyid “Brothers” & UiTM 

WACANA GENERASI BAHARU FELDA 
Tajuk : “Satu Transformasi Untuk Dinikmati” 

Ahli Panel : 
1.Ybhg. Tuan Hj. Faizoull bin Ahmad (Pengarah Besar FELDA) 
2.Ybhg Datuk Khairil Anuar Aziz (Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) 
3. Ybhg. Encik Anuar Manap (Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) 

Moderator : En. Manndzri bin Nasib (Exco Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) 

Cabutan Bertuah

Saturday 3 November 2012

USAHA BURUKKAN FELDA GAGAL

BY : Nasah Ati

SUNGAI SIPUT 3 Nov - Kira-kira 100 peneroka dan anak-anak peneroka Felda Lasah dekat sini, menghalang konvoi Kembara Oren yang turut disertai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman daripada memasuki kawasan tersebut pagi ini.

Kumpulan tersebut turut membuat sekatan jalan raya bagi menghalang konvoi berkenaan meneruskan perjalanan bertujuan mengedarkan risalah dipercayai untuk memburuk-burukkan Felda.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi sebaik sahaja Mazlan dan Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama peserta konvoi 15 buah kenderaan tiba di laluan masuk utama kawasan tersebut.  Suasana menjadi tegang apabila berlaku pertikaman lidah dan insiden tolak-menolak antara kumpulan peneroka dengan peserta konvoi berkenaan.  Keadaan kembali tenang selepas 10 anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan berunding dengan kedua-dua pihak.  Peserta konvoi berkenaan kemudiannya akur dan berpatah balik manakala kumpulan peneroka tersebut bersurai atas nasihat polis.

Seorang peneroka, Ahmad Hussain, 71, yang mewakili Jawatankuasa Kemajuan Rancangan, Jawatankuasa Kemajuan Kampong dan Jawatankuasa Mesjid Felda Lasah berkata, ekoran kejadian itu peneroka Felda berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Lintang di sini.

"Kami menolak sekeras-kerasnya kehadiran konvoi ini kerana mereka bertujuan memburuk-burukkan Felda.  Kita tidak mahu program ini merosakkan keharmonian masyarakat Felda," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi generasi kedua Felda, Zamry Abdullah, 42, konvoi berkenaan hanya bertujuan merosakkan perpaduan peneroka Felda di kawasan tersebut.

"Kita tidak boleh menerima kehadiran pemimpin pembangkang ke tanah rancangan Felda kerana kami tahu tujuan mereka adalah untuk memecah-belahkan perpaduan yang telah kami bina," katanya.

Sumber @ Mingguan Malaysia

Ulasan : Nasah Ati
Tak habis-habis Pengkhianat Bangsa ini mahu memporak perandakan keharmonian masyarakat Felda.  Semakin hampir pilihanraya nampaknya semakin galak Mazlan Aliman (MA) mahu menonjolkan diri dalam melaksanakan agenda politik busuk pembangkang untuk menguasai Putrajaya.  Semua sedia kamlum, MA melakukan ini dengan harapan akan menjadi calon utama dan popular bagi partinya di kawasan Parlimen Bera.  Ini kawasan Felda.  Adalah beliau akan diterima oleh masyarakat Felda sekira beliau menunjukkan sikap sebegini.  Apa yang pasti rakyat di kawasan Bera akan menanti beliau di sana....dah anda akan tau nanti apa nasib anda, MA.  Tunggu ......

Dipaparkan juga komen dan ulasan dari bloggers untuk tatapan pembaca :




Saturday, November 3, 2012By : Siemens - Melayumaju


Mazlan Aliman bila dia dikepung oleh warga Felda Sungai Lasah di Sg Siput, Perak....

L
Lain kali nak masuk kampung orang bagi salam dulu. Tengok orang terima atau tidak. Orang suka atau menyampah. Orang Felda dah sedar sekarang, tak ada faedahnya mereka mendengar tohmahan ANAK. Doa ANAK hanyalah 
untuk menghancurkan Felda, memecahbelahkan orang Felda. Sebelum adanya ANAK dan Mazlan dulu, warga 
Felda boleh hidup dengan aman dan harmoni, walaupun sesetengah tempat adanya PAS....Padan muka Rasakan tendangan orang felda..

By : Momando Perang Siber

MAZLAN ALIMAN PEMUNAFIK PAS DI'PENERAJANG' PENEROKA FELDA LASAH

MAZLAN ALIMAN TAK SEDAQ DIRI KENA 'PENERAJANG DENGAN PENEROKA FELDA LASAH. KENA HALANG TERUS MEROYAN.....HABIS BLOGER PEMBANGKANG MAIN ISU NI, TERMASUK SEKOQ BLOGER PENCACAI YANG 'MENLANCAU' HUDUD IAITU BROTHER MILO SUAM.SEDAQ DIRI LA KALAU ORANG TAK MAU KAT HANG PA. AUTA LEBIH SUMBANGAN KEPADA FELDA HABUK TARAK....DUIT SAKAU JUGAK....WOI MAZALAN ALIMAN,,,,,AMBIK LA PENGAJARAN BILA KENA PELANGKUNG SIKIT MASA DULU KAT FELDA SUNGAI TIANG KEDAH....MASIHKAH KAU INGAT WAHAI MAZALAN ALIMAN??????



By : Tenggara is Southeast

Kecut telur Mazlan Aliman bila dia dikepung oleh warga Felda Sungai Lasah di Sg Siput, Perak. Lebih kecut lagi bila dia mendengar para penduduk menjerit beramai-ramai, "kita balun Mazlan ramai-ramai".

Lain kali nak masuk kampung orang bagi salam dulu. Tengok orang terima atau tidak. Orang suka atau menyampah. Orang Felda dah sedar sekarang, tak ada faedahnya mereka mendengar tohmahan ANAK. Doa ANAK hanyalah untuk menghancurkan Felda, memecahbelahkan orang Felda. Sebelum adanya ANAK dan Mazlan dulu, warga Felda boleh hidup dengan aman dan harmoni, walaupun sesetengah tempat adanya PAS.

Eloklah tu, diharapkan agar warga-warga Felda yang lainpun bertindak sedemikian. Jangan biarkan orang seumpama Mazlan ini mengucar-kacirkan keharmonian Felda anda dengan tohmahan-tohmahan yang bukan-bukan. Selama inipun, kalau warga Felda susah, bukannya ANAK ataupun Mazlan yang tolong. Yang mereka tahu hanyalah menadah tong mintah sedekah dengan warga Felda.


Sedarlah Mazlan, warga Felda dah mual dengan perangai ko. Semalam dan hari ini, di Felda Bukit Besar, sempena program santai JOHORfm dengan JPMM DUN Pasir Raja, lebih dari seribu orang mendaftar menjadi ahli IKTIRAF. Ha...ha...ha... itu baru di DUN Pasir Raja. Apa ada jika nak bandingkan ahli ANAK yang cuma sekitar 8,000 orang di seluruh negara? Sudahlah Lan, baik ko jadi tukang sapu kat PASTI bini ko sebelum teruk ko kena balun dengan warga Felda yang dah menyampah dengan ko

Wednesday 31 October 2012


Fitnah pembangkang tiada kesan kepada Felda


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda tidak sedikit pun meninggalkan kesan berikutan segala tuduhan tersebut tidak benar dan bersifat politik.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menegaskan, sehingga kini, kepercayaan peneroka terhadap konglomerat itu masih utuh.
Katanya, bukti paling jelas, sebelum ini pembangkang pernah mendakwa Felda muflis sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.
''Ini soal politik. Kita kena lawan dari segi politik dan bila habis pilihan raya nanti mereka akan diam.
''Kita buat perkara yang betul. Sudah tentu peneroka tak percaya dengan isu-isu yang dilemparkan itu," katanya.
Beliau ditanya kesan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda dalam sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Sijil Pelajar Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda 2012 di sini hari ini.
...

Ulasan : Oleh Nasah Ati


Fitnah jika tak dibenteras dikhuatiri akan menjadi barah.  Jangan disebabkan ada agenda tersembunyi ataupun apa-apa yang dihajati terhalang atau tak kesampaian, semua kebenaran dikatakan sebagai pembohongan, yang betul dikatakan salah, fakta dikatakan sebagai "auta".  Kalau begini la cara kita sebagai umat Islam bumiputera bertindak, sampai bila pun kita tak akan maju dan menjadi bangsa yang dihormati..... maka bangsa asing lah yg akan terus maju dan terkehadapan meninggalkan kita.  Sebab apa?  Sebab mereka sentiasa bersatu hati dalam melakukan apa perkara jua pun, tapi kita..???  Sentiasa berbalah, berpecah belah, caci mencaci, kutuk mengutuk dan fitanh memfitnah sesama kita.  Akhirnya apa yang kita dapat?  

Jangan sampai  nanti kita terasing di bumi sendiri.  Betul lah kata si bijak pandai "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".  Maka marilah kita hayati la bait-bait lagu ini.... WARISAN  (versi asal)


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Genting bukan pemegang saham FGV


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sekali lagi menegaskan Genting Bhd. (Genting) bukan pemegang sahamnya kerana syarikat tersebut tidak pernah ditawarkan sebarang saham semasa atau selepas Tawaran Awam Permulaan dibuat.
Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad menegaskan, saham FGV adalah mematuhi syariah meskipun Genting memutuskan untuk menjadi pemegang saham FGV pada masa depan.
“Majlis Syariah telah mengesahkan mengenai status halal saham FGV.


PAKU SAID : Puak-puak KAHAK ijau tu memang kaki Putaq

Tuesday 30 October 2012

'Durian runtuh' fasa ketiga bulan depan


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM5,000  bagi pusingan ketiga kepada generasi kedua peneroka Felda akan mula diagihkan pada November ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri majlis pemberian 'durian runtuh' tersebut pada Himpunan Generasi Baharu Felda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 November ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian fasa ketiga itu melibatkan peruntukan sebanyak RM563 juta.
Menurutnya, kaedah pemberian 'durian runtuh' itu adalah sama seperti dua fasa sebelumnya.
"Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk menerima wang itu atas nama perseorangan atau dibahagikan kepada adik-beradik yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, majlis Himpunan Generasi Baharu Felda tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka, pameran dan forum.
"Kita anggar seramai 10,000 orang akan memeriahkan acara selama tiga hari ini, jangkaan 8,000 terdiri daripada generasi muda Felda dan baki lagi 2,000 para peneroka sendiri," katanya.
Sementara itu, ketika diminta penjelasan berhubung seorang individu dari Sabah memiliki sejuta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV), beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Jelas beliau, Sabah telah diberikan pemilikan saham FGV sebanyak lima peratus.
"Tiada individu yang menerima satu juta unit saham FGV melainkan kerajaan Sabah yang menerima saham lima peratus," tegasnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : Dulu dia org kata FELDA dah Muflis.... kah kah kah kraaahhhh puihhhhh kahak ijau

Monday 29 October 2012

Sokongan masyarakat Felda kepada BN meningkat

 

KUANTAN 29 Okt. - Sokongan masyarakat Felda di seluruh negara terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat ekoran program turun padang yang dilaksanakan oleh pemimpin negara dan agensi itu bagi mendekati para peneroka di tanah rancangan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya turun padang untuk menjelaskan mengenai isu yang diputarbelitkan oleh pembangkang kerana tidak mahu peneroka terkeliru mengenainya.
"Sekarang kita dapat lihat beberapa isu dah senyap, isu pada awalnya Felda bankrap dah tak timbul, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan tanah peneroka digadai ada sedikit tapi dah tak banyak.
"Mereka (pembangkang) ini akan buat pelbagai cerita dan kita perlu terangkan kepada warga peneroka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Transformasi Komuniti: Felda Dihati, Janji Ditepati peringkat Felda Wilayah Kuantan di Felda Bukit Goh di sini hari ini.


Paku Said : BN perlu kerja keras 

Sunday 28 October 2012

Sudan minat guna konsep Felda


PARA peneroka Felda dari Wilayah Terengganu gembira menunjukkan replika cek yang diterima dalam majlis Korban Perdana dan Penyampaian Dividen Felda Global Ventures Holdings di pekarangan Masjid Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
SETIU 28 Okt. - Kejayaan serta pencapaian gemilang Felda yang kian menyerlah telah menarik minat Sudan untuk menggunapakai konsep dan kepakaran Felda dalam membangunkan sektor perladangan di negara berkenaan.
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad ketika mengesahkan perkara itu berkata, Sudan berminat menjadikan teknologi serta konsep yang dilaksanakan Felda untuk membangunkan bidang penanaman khususnya mengkomersialkan tanaman gam Arab di negara itu.
Jelas beliau, pelawaan itu disuarakan oleh kerajaan Sudan menerusi duta negara itu ke Malaysia agar Felda menghantar wakil bagi menghadiri Persidangan Majlis Perniagaan Malaysia-Sudan yang dijadual diadakan di ibu negara berkenaan pada 2 November ini.
Menurutnya, selain beliau sendiri, Malaysia turut diwakili para pegawai tertinggi Felda ke persidangan tersebut manakala majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Duta Sudan telah datang jumpa saya sambil menyatakan minat mereka dengan konsep Felda dan secara kebetulan pula Dr. Mahathir akan merasmikan persidangan itu nanti.
"Beliau (duta Sudan) telah jemput kita (Felda) untuk terangkan konsep yang diamalkan oleh Felda terutama dalam membantu mereka membangunkan penanaman gam Arab selain minat menanam kelapa sawit," katanya.
Isa menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Korban Perdana dan Penyampaian Dividen Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pekarangan Masjid Felda Chalok Barat, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha'ari Idris dan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee.
Menurut Isa, keyakinan Sudan untuk mempelajari teknologi serta kepakaran Felda turut didorong keadaan negara berkenaan yang semakin pulih dan stabil.
"Kerajaan negara berkenaan juga akan memberi perhatian untuk membangunkan masyarakat di sana dan pada mereka, Felda adalah contoh terbaik," jelasnya.
Mengenai isu kejatuhan saham FGVH, beliau turut berharap harga saham itu akan kembali melonjak selepas masalah harga komoditi sawit dunia kembali stabil.
"Saham (FGVH) jatuh bergantung kepada harga kelapa sawit dunia, insya-Allah saham (FGVH) akan naik semula selepas ini," ujarnya.


PAKU SAID : Felda hanya satu didunia

Saturday 27 October 2012

Kompleks Sukan Komuniti beri kemudahan kepada 4,000 peneroka

gambar hiasan

RAUB 26 Okt. - Seramai 4,000 penduduk Felda Tersang 3 di sini gembira berikutan projek Kompleks Sukan Komuniti (KSK) yang bernilai RM2.86 juta berjaya disiapkan mengikut jadual.
Kompleks yang dikenali sebagai Kompleks Sukan Semai Bakti Tersang itu membolehkan warga peneroka termasuk golongan belia dapat melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi pada hujung minggu.
Bangunan itu yang mula dibina pada 2007 dan siap setahun kemudian dirasmikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang melakukan lawatan kerja ke tanah rancangan tersebut baru-baru ini.
Antara kemudahan yang disediakan ialah masing-masing dua gelanggang futsal, bola tampar dan bola bola jaring manakala lapan gelanggang badminton serta sepak takraw yang boleh dilaksanakan pertandingan serentak untuk sesuatu perlawanan sukan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Tersang 3, Ab. Rahman Zakaria berkata, kompleks tersebut memberi kemudahan bagi kegiatan riadah secara berpusat di kalangan komuniti tanah rancangan itu dan penduduk dari Felda berdekatan.
"Ketiadaan KSK sebelum ini menyebabkan keadaan tanah rancangan di sini agak sunyi daripada sebarang kegiatan sukan tertentu dan kesukaran pihak penganjur untuk melaksanakan beberapa pertandingan.
"Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri menerusi syarikat konglomerat Felda yang prihatin membina kompleks ini dan dianggap sebagai prasarana terbesar di Gugusan Felda Tersang," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.
Menurut Ab. Rahman, kemudahan itu juga boleh dikongsi oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tersang 3 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tersang 2 bagi memanfaatkan latihan serta pertandingan sukan menerusi program kokurikulum masing-masing.
"Bangunan itu juga dilengkapi tiga buah premis makanan, sebuah pejabat pengurusan dewan, surau dan tandas untuk kemudahan orang ramai.
"Kita mengenakan caj penggunaan berpatutan untuk menampung bayaran bil elektrik dan air antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan yang diselenggarakan oleh pejabat Felda di sini," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan mengenakan caj sewa guna berasaskan satu jam pengunaannya iaitu untuk permainan futsal (RM50), bola tampar (RM40), badminton (RM15) dan sepak takraw (RM15).
Katanya, kemudahan lojistik yang moden, keselesaan ruang parkir dan laluan keluar masuk juga mendapat perhatian pengurusan Felda Wilayah serta agensi kerajaan negeri menggunakan kemudahan di sini untuk penganjuran pertandingan atau acara keramaian.


© Utusan Melayu (M) Bhd



paku said : ada sama ke dengan Ladang Rakyat? kui kui kui

KPFM bina 80 rumah di Bera



dulu
kini


BERA 26 Okt. - Sebanyak 80 unit rumah dibina oleh Koperasi Peneroka Felda Mayam (KPFM) di sini menerusi skim pinjaman perumahan Felda sejak awal tahun ini.
Pengerusinya, Mohammad Saidin berkata, aktiviti berkenaan merupakan bidang baru diceburi pihaknya bagi meningkatkan pendapatan peneroka yang menjadi ahli koperasi itu sejak tahun lalu.
Menurutnya, peneroka yang menyertai skim tersebut layak mendapat pinjaman antara RM15,000 hingga RM40,000 bagi membaiki atau membina rumah baru.
"Kita mempunyai strategi sendiri bagi memastikan projek pembinaan rumah itu dilaksanakan dengan terancang dan teratur," katanya di sini.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Paku said : Peneroka pandai menilai....

Felda tampung kos pinjaman PTPTN



NAJIB mengandar cenderahati yang disampaikan oleh wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai, Besut semalam.



BESUT – Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluaskan peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.
Beliau berkata, Felda dijangka memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.
“Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Najib, keputusan Felda itu juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain mencerminkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda untuk memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.
Katanya, seramai 2,000 peserta akan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus latihan dan kemahiran seperti program di bawah skim Malaysia Airlines (MAS) yang menawarkan kursus kejuruteraan penyenggaraan pesawat serta institusi-institusi lain.


Paku said : Generasi baru Felda banyak peluang pendidikan..... 

Thursday 25 October 2012

Majukan sukan angkat berat, tinju di Felda



MOHD. ISA (dua dari kanan) beramah mesra dengan pemenang sukan angkat berat sambil diperhatikan oleh Zafarul Akbar (kanan) di Kompleks Majlis Sukan Negeri di Seremban semalam.



SEREMBAN - Sukan angkat berat dan tinju akan dikembangkan di 11 wilayah Tanah Rancangan Felda di seluruh negara bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak muda warga Felda.
Presiden Persatuan Presiden Tinju Malaysia, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, usaha itu bertujuan melahirkan atlet pelapis dalam dua bidang sukan berkenaan.
"Bagi menjayakannya Majlis Sukan Felda dengan kerjasama dua persatuan sukan ini akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program di 11 wilayah Felda yang telah dikenal pasti.
"Platform ini akan memberi peluang anak-anak muda Felda untuk bersaing dan menimba pengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Angkat Berat Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2012 di Kompleks Majlis Sukan Negeri di sini semalam.


Paku said : Felda Berkhidmat untuk Warga FELDA

100 belia felda sertai Imam Muda




ISA (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta kursus Imam Muda Felda siri pertama 2012 di Bangi semalam.



BANGI – Seramai 100 orang belia dari 11 wilayah Felda di seluruh negara diberikan peluang mengikuti kursus intensif Imam Muda Siri Pertama 2012 anjuran Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menyediakan generasi pelapis imam muda pada masa akan datang.
Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, program tersebut dilaksanakan selepas menyedari penglibatan golongan muda dalam menggalas tugas sebagai pemimpin masyarakat seperti imam semakin berkurangan terutamanya di kawasan perkampungan.
“Kalau dahulu orang di bandar sanggup mencari imam dan kadi hingga ke ceruk kampung, kini sudah ramai tokoh agama tinggal di bandar.
“Imam di kampung pula semakin berkurangan dan Felda beranggapan jika perkara ini berterusan, penduduk di kampung akan kekurangan pelapis yang boleh dijadikan sumber rujukan hal ehwal agama pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup kursus Imam Muda Felda siri pertama 2012 di sini semalam.


Paku Said : Felda Sentiasa meningkatkan Syiar Islam

Salam Aidil Adha




kami mengucapkan SEALAMAT Menyambut aidil adha kepada Warga Felda dan seluruh umat Islam. Semoga umat islam sentiasa di lindungi ALLAH.

Wednesday 24 October 2012

Felda lunaskan RM401.2 juta pinjaman saham FGV peneroka, petugas



TANJUNG MALIM 24 Okt. - Felda telah melunaskan pembayaran pinjaman bank yang dibuat oleh 94,219 peneroka dan 1,890 petugas agensi itu untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 5 dan 8 Oktober lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, proses pengambilalihan pinjaman tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM358.7 juta bagi peneroka dan RM42.5 juta untuk petugas Felda.
Katanya, langkah pengambilalihan pinjaman tersebut dibuat bagi meringankan beban mereka kerana pinjaman dengan Felda tidak dikenakan sebarang faedah.
“Kita akan dapat balik kerana mereka akan bayar secara ansuran. Dalam kata lain, kita akan mendahulukan pembayaran dan mereka akan bayar balik pinjaman kepada Felda tanpa dikenakan faedah. Ini bagi meringankan beban peneroka dan petugas Felda," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah dalam Majlis Graduasi 2012 di Maktab Rendah Sains Mara Felda di Trolak dekat sini hari ini.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut bahawa Felda akan mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGV tetapi tidak menyatakan langkah itu turut melibatkan petugas agensi berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini dipetik sebagai berkata, langkah itu meringankan beban peneroka kerana mereka hanya perlu membayar semula kepada Felda sebanyak RM50 sebulan dalam tempoh lima tahun tanpa dikenakan faedah.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku said : FELDA sentiasa membantu

Tuesday 23 October 2012


APA YANG PENGERUSI ANAK, SDR MAZLAN ALIMAN INGINKAN SEBENARNYA?


Sumber : AGENDA DAILY
oren6-leadxx

"Mungkin kalau ditanya peneroka, ramai antaranya sudah bosan dengan taktik pembangkang terutama PAS yang berterusan memburukkan mereka serta Felda.Pasti mereka juga hairan kenapa Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terus ‘sawan’ dengan menghentam Felda terutama langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini ..........

Terbaru, usaha PAS dan Mazlan memalukan peneroka lain dan Felda melalui himpunan Oren di ibu negara, pada Sabtu bertujuan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyuarakan rasa tidak puas hati segelintir peneroka terhadap Felda......

Pasti itu mesej jelas pada Mazlan, cukup-cukuplah hentam Felda...kalau sesat hujung jalan, kembali ke pangkal jalan...jangan malu kalau nak durian runtuh RM15000 yang Felda bagi...."

Rule Line / Divider - vector Royalty Free Stock Vector Art Illustration
Coretan untuk Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK

Oleh : Nasah Ati

Apa yang saya perhatikan, Mazlan Aliman (MA), Pengerusi Anak merangkap AJK Pas Pusat begitu ghairah menjual dan menonjolkan diri agar dicalunkan lagi dalam PRU 13 yang akan datang.  MA asyik nak membongkar dan mencari kesalahan orang lain dan kerajaan terutamanya Felda. Felda yang saya anggarkan mempunyai 95% peneroka dan kakitangan berbangsa Melayu dan beragama Islam, menjadi sasaran utama MA.  Kenapa ini berlaku?  Sedangkan di tanah rancangan Felda lah tempat MA membesar, bermain dan belajar sehingga menjadi "orang".  Malangnya MA tidak bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang beliau perolehi.  

Apa yang boleh saya katakan ialah "beliau adalah seorang anak peneroka yang tidak mengenang budi".   Sebab apa saya berkata begitu?  Sebab organisasi bertuah inilah yang  beliau asyik kacau dan ingin musnahkan selama ini.  Mungkin beliau tidak sedar telah dipergunakan.  Berpuluh tahun Felda dibina sejak zaman Allahyarham Tun Razak lagi, sejak zaman susah sehinggalah sekarang.  Setelah berjaya dan dikenali diserata dunia, sanggupkan kita biarkan MA musnahkan begitu saja?  Apakah sebabnya MA sanggup menjadi dalang untuk memusnahkan organasasi Felda?  Bagi saya, tak lain dan tak bukan adalah kerana MA mahu membuktikan bahawa MA seorang insan yang boleh diharapkan dan layak menjadi calun dalam PRU 13 yang akan datang.  Biar pihak atasan MA dan sekutunya nampak MA buat kerja, lagi dekat PRU13 lagi galak membongkar.   Inilah yang MA inginkan sebenarnya - MENJADI CALUN POPULAR DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Saya berpendapat, kalaulah benar ada kepincangan dan ketirisan, di Felda sahaja kah yang berlaku? Bagaimana dengan begitu banyak organisasi terutama organisasi yang diterajui dan dimiliki oleh bangsa asing yang melakukan perkara yang sama malah lebih hebat lagi? Hatta perkara penyelewengan dan ketirisan juga banyak berlaku di negeri yang diperintah oleh kuncu-kuncu MA seperti di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.  Saya pasti MA sedar tentang perkara ini. Soalan saya, adakah bangsa asing "sahabat MA" ini telah dan akan membuat perkara yang sama sebagaimana yang MA lakukan terhadap Felda, sebuah organisasi yang dipunyai, diterajui dan dihuni oleh kaum bumiputra Islam seperti beliau? Jawapannya pasti tidak. Saya tidak hairan jika suatu hari nanti nama Felda akan hilang bukan saja di Malaysia, malah di mata dunia disebabkan oleh sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh MA dan rakan-rakan MA yang tidak mau melihat kesenangan dan keharmonian para peneroka dan kakitangan yang telah ujud sejak sekian lama. Pada ketika itu saya pasti MA sudah tak ada dimuka bumi ini lagi dan yang akan kecewa dan menderita nanti tiada sesiapa kecuali anak cucu kita juga terutama anak dan cucu MA kerana MA berasal, pernah tinggal, membesar dan belajar di Felda. 

Oleh itu berpada-pada lah dalam melakukan dan berkata sesuatu, jangan asyik nak mengejar kedudukan dan  kuasa yang akhirnya tidak ke mana, anda yang akan menyesal dan menderita. Apapun yang pasti, MA percayalah "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".

Warga Felda perlu waspada

Wartawan Sinar Harian

Hanafi
Hanafi (kiri) bersama Rasman (tengah) dan Samsudin (kanan) pada jamuan hari raya dan majlis meraikan bakal haji dan hajah peringkat Felda Wilayah Johor Bahru semalam.
KOTA TINGGI - Warga Felda dinasihati agar sentiasa mengamalkan sikap berjaga-jaga supaya mereka terhindar daripada terlibat dengan sebarang agenda yang bertujuan untuk merosakkan keharmonian  tanah rancangan ini.
Ketua Peneroka Gabungan Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Wilayah Johor Bahru, Samsudin Othman berkata, dia amat kecewa kerana pada hari ini ada dalam kalangan warga Felda yang sanggup mengambil tindakan untuk menyaman pihak  Felda sendiri.
Menurutnya, sedangkan Felda sendiri mengamalkan sikap yang telus kepada semua penduduk untuk menerima sebarang aduan dan mengadakan perbincangan.
“Kita percaya perkara ini tidak akan terjadi jika tidak ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kelemahan warga peneroka. Oleh yang demikian, warga Felda mestilah sentiasa berwaspada agar kita tidak terus dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan,” katanya pada jamuan hari raya dan majlis meraikan bakal haji dan hajah peringkat Felda Wilayah Johor Bahru di Dewan Serbaguna Felda Lok Heng Barat, semalam.
Samsudin berkata, orang Melayu perlu untuk mempertahankan apa yang ada di bawah pentadbiran kerajaan agar tidak menyesal sekiranya gagal dipertahankan yang menjadi milik bangsa ini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili, Rasman Ithnain berkata, ibu bapa juga haruslah memainkan peranan memastikan anak-anak memiliki ilmu sekurang-kurangnya dengan memiliki diploma.
Jelasnya, kita mahu nama Felda bukan hanya terkenal dengan kekayaannya sahaja malah masyhur dengan generasi mudanya yang berilmu.
“Sebagai ibu bapa juga janganlah menganggap tanah seluas 10 ekar yang kita miliki itu akan terus mewarisi kekayaan kepada anak anak kita. Tanpa ilmu, anak-anak boleh melakukan pelbagai perkara negatif termasuklah bertindak menjual tanah itu.
“Sebaliknya, jika berilmu mereka boleh berfikir dengan lebih matang. Malah, hanya dengan ilmu sahajalah yang akan dapat membela nasib anak-anak dan seterusnya menjadikan mereka berjaya pada masa akan datang,” katanya.
Hadir sama, Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Hanafi Suhada; Pengerusi Gabungan GPW Wilayah Johor Bahru, Sariah Hashim, Timbalan Pengerusi JKKR Felda Lok Heng Barat, Azilah Ahmad.


Paku Said : perosak bangsa memang ramai .. hati-hati dakyah pembangkang

Monday 22 October 2012

Segera ambil tindakan terhadap Suaram, Anak

SEJAK akhir-akhir ini negara dikejutkan dengan status Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara haram dan dikatakan mendapat pembiayaan dana asing iaitu daripada penyangak mata wang, Geogre Soros.
Peranan Suaram yang lebih cenderung untuk memburuk-burukkan pemimpin dan reputasi kerajaan telah membuka mata rakyat yang rasional dan patriotik akan wujudnya pertubuhan haram sebagai 'musuh dalam selimut'.
Tidak lama kemudian, rakyat digemparkan pula dengan status Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang juga tidak didaftarkan sebagai pertubuhan sah di sisi undang-undang.
Anak berlagak sebagai hero dengan melantik diri sendiri kononnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah membelenggu masyarakat peneroka Felda.
Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM) memandang serius tindak-tanduk pertubuhan itu yang sering memanipulasi isu-isu kecil bagi tujuan politik pembangkang.
Presiden Anak, Mazlan Aliman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat merupakan calon Pas di Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-12.
Setiap isu yang dimainkan Anak lebih berorientasikan kepada kepentingan politik Pas dan bukannya untuk faedah warga peneroka secara keseluruhannya.
Pas telah menjadikan Anak sebagai batu loncatan untuk mempengaruhi warga Felda supaya menolak Felda dan kepimpinan kerajaan yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Warga Felda sudah bijak menilai yang mana kaca atau intan, sekali gus menganggap pertubuhan haram itu sebagai pengacau perpaduan dalam masyarakat Felda.
Sebarang tohmahan dan adu domba yang dibawa Anak lebih kepada seperti jenaka bangsawan yang mana 'sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina'.
Oleh itu, kerajaan perlu mengambil perhatian serius dengan mengambil tindakan tegas terhadap Suaram dan Anak yang sering menabur fitnah dan mengganggu ketenteraman masyarakat.
Alumni MBFM mendesak kerajaan segera bertindak terhadap pertubuhan haram ini supaya dapat mengekang perbuatan mereka yang sanggup memberi imej buruk terhadap negara.
Dalam konteks Felda, Anak tidak diperlukan bagi memperjuangkan nasib warga Felda kerana sudah ada organisasi sah dan diiktiraf Felda dan kerajaan untuk membela nasib golongan itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : memang hampeh punya olang