Pages

Monday 22 October 2012

Segera ambil tindakan terhadap Suaram, Anak

SEJAK akhir-akhir ini negara dikejutkan dengan status Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara haram dan dikatakan mendapat pembiayaan dana asing iaitu daripada penyangak mata wang, Geogre Soros.
Peranan Suaram yang lebih cenderung untuk memburuk-burukkan pemimpin dan reputasi kerajaan telah membuka mata rakyat yang rasional dan patriotik akan wujudnya pertubuhan haram sebagai 'musuh dalam selimut'.
Tidak lama kemudian, rakyat digemparkan pula dengan status Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang juga tidak didaftarkan sebagai pertubuhan sah di sisi undang-undang.
Anak berlagak sebagai hero dengan melantik diri sendiri kononnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah membelenggu masyarakat peneroka Felda.
Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM) memandang serius tindak-tanduk pertubuhan itu yang sering memanipulasi isu-isu kecil bagi tujuan politik pembangkang.
Presiden Anak, Mazlan Aliman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat merupakan calon Pas di Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-12.
Setiap isu yang dimainkan Anak lebih berorientasikan kepada kepentingan politik Pas dan bukannya untuk faedah warga peneroka secara keseluruhannya.
Pas telah menjadikan Anak sebagai batu loncatan untuk mempengaruhi warga Felda supaya menolak Felda dan kepimpinan kerajaan yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Warga Felda sudah bijak menilai yang mana kaca atau intan, sekali gus menganggap pertubuhan haram itu sebagai pengacau perpaduan dalam masyarakat Felda.
Sebarang tohmahan dan adu domba yang dibawa Anak lebih kepada seperti jenaka bangsawan yang mana 'sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina'.
Oleh itu, kerajaan perlu mengambil perhatian serius dengan mengambil tindakan tegas terhadap Suaram dan Anak yang sering menabur fitnah dan mengganggu ketenteraman masyarakat.
Alumni MBFM mendesak kerajaan segera bertindak terhadap pertubuhan haram ini supaya dapat mengekang perbuatan mereka yang sanggup memberi imej buruk terhadap negara.
Dalam konteks Felda, Anak tidak diperlukan bagi memperjuangkan nasib warga Felda kerana sudah ada organisasi sah dan diiktiraf Felda dan kerajaan untuk membela nasib golongan itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : memang hampeh punya olang

No comments:

Post a Comment