Pages

Saturday 29 December 2012

Pulangkan Wang Kami

Apapun, himpunan oren pada siang tadi agak anti klimak sikit, sebabnya dengan kehadiran kumpulan Kemahang 3, gedebe Mazlan terus hilang. Telur dia terus masuk ke perut. Sampai sanggup dia kata, tak tahu kat mana Felda Kemahang 3 tu.

Dek kerana kehadiran Kemahang 3, walaupun TS Isa tak timbul untuk menerima memorandum tersebut, Mazlan terus akur walaupun hanya pegawai biasa sahaja yang menerima memorandum tersebut bagi pihak TS Isa. Hilang gedebenya. Maklumlah, cepat diterima, cepatlah dia boleh beredar dan mengelak dari bertembung dengan kumpulan Kemahang 3.

Aku harap, warga Felda bukalah mata dengan hadirnya warga Felda Kemahang 3 yang menuntut haknya. Lain kali, kalau ada apa-apa hal dengan Felda, jumpa pengurusan Felda, berunding! Kalau ingat nak cari wakil anak Felda, jumpa orang yang benar-benar mewakili generasi Felda seperti Sdr Anuar Manaf di gambar bawah ini yang bersama-sama dengan warga Kemahang 3. Dia adalah Pengerusi Majlis Belia Felda yang betul-betul mewakili anak-anak Felda. 
Ingat, korang jangan le pulak jumpa kat Mazlan atau mamak kat bawah ni.


Wednesday 26 December 2012

Konvoi Kembara Oren Pro PAS Cuba Langgar Peneroka FELDA




Beberapa blog dan portal pro pembangkang tika ini sedang spin baik punya dengan memutar belitkan fakta kekecohan yang berlaku pada 23 Disember 2012 di Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan.

Ikut pada laporan geng pro pembangkang, dua peserta Kembara Oren cedera dan sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kuning dipecahkan cermin kononnya dengan sengaja oleh penduduk tempatan serta para peneroka.

Sesiapa yang percaya dengan berita propaganda tersebut, sahihlah memerlukan pemeriksaan segera di hospital berdekatan untuk kenalpasti kedudukan sebenar otak anda sama ada wujudnya di kepala lutut ataupun berada dalam tempurung kepala.

Di bawah ini dua versi cerita dari dua portal pro PR. Baca dengan teliti kemudian bandingkan pula dengan video di bawah yang disertakan.
 
 
 
baca selanjutnya
 
 

Saturday 22 December 2012

FGV: Kalah Di Mahkamah, Balaci PAS Kena Bayar RM3,000 Seorang

FELDA FGV - PAS Jual Temberang Penyokong Pening Sendirian Akhirnya adu domba pakatan pembangkang khususnya PAS menemui satu lagi kegagalan dan ‘kemaluan’ yang amat sangat apabila lapan orang peneroka Felda yang merupakan penyokong PAS kalah lagi di mahkamah.
Kesemua mereka dari Felda Wilayah Jengka itu juga telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh supaya membayar RM3,000.00 setiap seorang kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Tak pasal-pasal PM pula yang akan memperolehi wang durian runtuh RM24,000.000. Selepas ditolak kos guaman dan lain-lain, mungkin baki ada lagi sekitar RM15,000 atau RM20,000.00. Lumayan tu!
Nawaitu PAS menghasut penyokong mereka membawa kes kononnya PM menghina peneroka ke mahkamah mudah untuk kita fahami. Tujuannya tentu sahaja untuk calarkan imej PM sahaja disamping cuba memainkan sentimen kebencian peneroka Felda yang lain terhadap Kerajaan Pusat.
Malangnya, lain yang mereka harapkan lain pula yang jadi. Sekarang siapa yang gigit jari? Padan muka. Memang haramjadah la jawabnya sesiapa yang mudah terikut hasutan pemimpin PAS.
Lama sebelum kes ini, kelapan-lapan penyokong PAS ini juga telah dengan sengaja membuat onar dengan mengemukakan injuksi untuk menghalang Koperasi Peneroka Felda (KPF) mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 22 Februari 2012.
Berikutan injuksi yang dipohon pada 17 Februari oleh balaci-balaci haramjadah PAS itu akhirnya KPF terpaksa membatalkan mesyuarat tersebut dan terpaksa menanggung kerugian wang ringgit dalam bentuk kos pengangkutan, penginapan, sewa bilik mesyuarat dan sebagainya.
Di masa yang sama tindakan saat akhir oleh balaci PAS yang bertuankan Mazalan Aliman itu juga telah menyusahkan lebih 1,200 peneroka yang menjadi perwakilan datang dari seluruh negara.
Akhirnya pada 2 April 2012, mahkamah bersidang semula dan membuat keputusan menerima permohan KPF serentak dengan itu menolak injuksi tersebut dengan kos yang perlu ditanggung oleh kelapan-lapan balaci PAS itu.
Tahu berapa kosnya? Anggaran sekitar RM1.2 juta kerugian yang ditanggung KPF gara-gara pembatalan EGM disebabkan injuksi saat akhir itu kini terpaksa pula dibayar oleh kesemua lapan orang balaci PAS yang akal sejengkal.  [ selanjutnya di sini myKMU.net ]



 Paku said  : kahakahakahakah

Friday 21 December 2012

Saman lapan peneroka terhadap PM dibatal


WARGA Felda Wilayah Jengka mengaminkan doa kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi Temerloh membatalkan saman lapan peneroka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Temerloh, Pahang, semalam. - BERNAMA

TEMERLOH 20 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapan beliau ketika mengumumkan ‘durian runtuh’ Felda Global Ventures Holdings (FGV), di Felda Jengka Lapan, 8 Mei lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir di kamar beliau selepas membenarkan permohonan Najib yang diwakili peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun untuk membatalkan saman tersebut.
Peguam itu memberitahu pemberita, selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, Hakim Akhtar berpendapat ucapan tersebut tidak berbaur fitnah.
Sebaliknya ujar Mohd. Hafarizam, mahkamah memutuskan ucapan itu dan perkataan yang digunakan, suatu bentuk kiasan yang tidak merujuk atau ditujukan kepada mana-mana pihak.
Pada 7 Ogos lalu, lapan peneroka dari Wilayah Jengka memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi di sini berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka.
Pihak plaintif terdiri daripada Samad Yusof dan Idris Mat Sah dari Jengka 14 serta Syed Jamaluddin Syed Muhamad dari Jengka 17.
Lima lagi peneroka yang turut berbuat demikian ialah dari Jengka 15 iaitu Alias Ibrahim, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd. dan Rakiah Sulong.
Pihak plaintif mendakwa ucapan di hadapan kira-kira 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.
Mereka menyatakan, ucapan itu juga telah disiarkan di media massa dan media elektronik dan mereka menuntut ganti rugi am, khas, teruk, faedah dan juga kos.
Perdana Menteri yang dinamakan sebagai pihak defendan pula, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 24 September lalu atas alasan writ saman itu, suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana plaintif tiada kuasa tindakan terhadap defendan, selain tidak merujuk dan/atau mempunyai kaitan kepada defendan.
Dalam keputusan tersebut juga menurut Mohd. Hafarizam, mahkamah mendapati plaintif tidak mempunyai kuasa tindakan selain tiada kaitan dengan saman yang difailkan oleh mereka.
Writ saman tersebut juga menurut hakim itu, mengaibkan defendan, remeh atau menyusahkan dan adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah selain kegagalan pihak plaintif yang mandatori dan menjadikan tuntutan mereka harus dibuang.
Sehubungan itu, Hakim Akhtar membatalkan saman itu dan memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada pihak defendan.
Peguam Mohd. Harris Abdullah yang mewakili lapan peneroka berkata, pihaknya perlu berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
© Utusan Melayu (M) Bhd


paku said : kena bayar RM3000.00 setiap org.... hahahahaahha

Thursday 13 December 2012

Felda saman Mazlan, Harakah, Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Felda menghantar notis tuntutan saman kepada Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, akhbar milik Pas, Harakah dan akhbar milik PKR, Suara Keadilan berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tuduhan Mazlan mengatakan Felda menjual minyak mentah kepada Israel seperti yang diterbitkan oleh Harakah dan Suara Keadilan adalah tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.
Katanya, kenyataan itu juga telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa.
"Sehubungan itu, Felda menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengambil tindakan awal menyaman Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan mengenai kenyataan itu.
"Notis tuntutan juga dihantar oleh pihak peguam kepada mereka yang terlibat pada 10 dan 11 Disember 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 27 November lalu, Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerbitkan berita bertajuk Najib Mesra Israel manakala Harakah memaparkan berita bertajuk Minyak Sawit Jual ke Israel pada 29 November.
Laporan dalam kedua-dua akhbar pembangkang itu memaparkan dakwaan Mazlan bahawa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.
Mengulas lanjut, Mohd. Isa memberitahu, notis tuntutan sama telah dihantar kepada penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar Harakah serta Suara Keadilan selaku golongan bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.
"Sehubungan itu, kami memberi tempoh selama 14 hari kepada Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan tersebut dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda atas tindakan mereka.
"Jika gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


paku said.... hahahah saman bagi dia org tahu tinggi ke rendahnya langit

Saturday 1 December 2012

Saman akhbar pembangkang


Ahmad Maslan ketika menjawab kenyataan Harakah dan Suara Keadilan yang menuduh Felda menjual minyak sawit kepada Israel di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut ekoran laporan berita muka hadapan Suara Keadilan bertajuk Najib Mesra Israel pada 27 November 2012 dan laporan Harakah bertajuk Minyak Sawit Jual ke Israel bagi edisi 26 hingga 29 November 2012.
Beliau memberitahu, kedua-dua akhbar itu telah memfitnah Felda apabila mendakwa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.
"Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel, ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Laporan dalam lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta akhbar milik Pas itu memaparkan dakwaan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa Felda menjual minyak sawit kepada sebuah syarikat Israel.
Menurut Ahmad, ini bukan kali pertama Felda difitnah sedemikian rupa kerana pada bulan Mac lalu, syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn. Bhd. telah difitnah menghantar minyak sawit ke Israel sedangkan produk yang dilabuhkan di negara itu adalah untuk dipasarkan kepada rakyat Palestin.
Jelasnya, perbincangan dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Felda serta peguam syarikat telah diadakan agar tindakan saman dapat diambil terhadap fitnah terbaharu daripada pembangkang itu.
Beliau memberitahu, fitnah pembangkang itu adalah antara punca mengakibatkan saham FGV tidak menentu selain daripada faktor pasaran minyak sawit dunia.


Paku said : tu tanda2 kahak ijau ni dah nk brkubur PRU13 ni... modal dah takdak