Pages

Saturday 27 October 2012

Kompleks Sukan Komuniti beri kemudahan kepada 4,000 peneroka

gambar hiasan

RAUB 26 Okt. - Seramai 4,000 penduduk Felda Tersang 3 di sini gembira berikutan projek Kompleks Sukan Komuniti (KSK) yang bernilai RM2.86 juta berjaya disiapkan mengikut jadual.
Kompleks yang dikenali sebagai Kompleks Sukan Semai Bakti Tersang itu membolehkan warga peneroka termasuk golongan belia dapat melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi pada hujung minggu.
Bangunan itu yang mula dibina pada 2007 dan siap setahun kemudian dirasmikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang melakukan lawatan kerja ke tanah rancangan tersebut baru-baru ini.
Antara kemudahan yang disediakan ialah masing-masing dua gelanggang futsal, bola tampar dan bola bola jaring manakala lapan gelanggang badminton serta sepak takraw yang boleh dilaksanakan pertandingan serentak untuk sesuatu perlawanan sukan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Tersang 3, Ab. Rahman Zakaria berkata, kompleks tersebut memberi kemudahan bagi kegiatan riadah secara berpusat di kalangan komuniti tanah rancangan itu dan penduduk dari Felda berdekatan.
"Ketiadaan KSK sebelum ini menyebabkan keadaan tanah rancangan di sini agak sunyi daripada sebarang kegiatan sukan tertentu dan kesukaran pihak penganjur untuk melaksanakan beberapa pertandingan.
"Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri menerusi syarikat konglomerat Felda yang prihatin membina kompleks ini dan dianggap sebagai prasarana terbesar di Gugusan Felda Tersang," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.
Menurut Ab. Rahman, kemudahan itu juga boleh dikongsi oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tersang 3 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tersang 2 bagi memanfaatkan latihan serta pertandingan sukan menerusi program kokurikulum masing-masing.
"Bangunan itu juga dilengkapi tiga buah premis makanan, sebuah pejabat pengurusan dewan, surau dan tandas untuk kemudahan orang ramai.
"Kita mengenakan caj penggunaan berpatutan untuk menampung bayaran bil elektrik dan air antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan yang diselenggarakan oleh pejabat Felda di sini," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan mengenakan caj sewa guna berasaskan satu jam pengunaannya iaitu untuk permainan futsal (RM50), bola tampar (RM40), badminton (RM15) dan sepak takraw (RM15).
Katanya, kemudahan lojistik yang moden, keselesaan ruang parkir dan laluan keluar masuk juga mendapat perhatian pengurusan Felda Wilayah serta agensi kerajaan negeri menggunakan kemudahan di sini untuk penganjuran pertandingan atau acara keramaian.


© Utusan Melayu (M) Bhd



paku said : ada sama ke dengan Ladang Rakyat? kui kui kui

No comments:

Post a Comment