Pages

Sunday 21 October 2012

Felda banyak membantu rakyat - Tengku Razaleigh

GUA MUSANG 14 Okt. - Felda telah banyak membantu rakyat terutama dari negeri ini dan para peneroka perlu berterima kasih kepada kerajaan yang telah mengadakan program tanah rancangan itu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kejayaan program pembangunan tanah tersebut telah mengubah hidup rakyat pada hari ini.
Beliau berkata, nikmat tersebut telah dirasai oleh rakyat terutama dari negeri itu kerana sebahagian besar peneroka adalah berasal dari Kelantan dan ditempatkan di tanah-tanah rancangan tersebut.
"Kalau tidak salah saya kira-kira 50 peratus peneroka Felda Jengka adalah berasal dari Kelantan dan Felda adalah satu gagasan yang baik.
"Sumbangan Felda telah banyak membantu negara seperti hasil minyak sawit yang menyumbang kepada pendapatan negara ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Janji Ditepati Felda di Klinik Kesihatan Chiku 3, di sini hari ini
Turut hadir, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad; Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razen Ahmad Maher; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah dan ADUN Galas, Ab. Aziz Yusoff.
Dalam majlis tersebut, Felda turut menyerahkan sebuah ambulans untuk kegunaan klinik kesihatan tersebut di samping menyampaikan replika cek kepada penerima program Kasih Felda bagi membaiki rumah.
Tengku Razaleigh berkata, peneroka Felda yang menerima saham daripada penyenaraian Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) perlu memanfaatkannya sebaik mungkin.
Katanya, ia merupakan satu nikmat yang diperoleh dan tiada pihak yang boleh mempertikaikannya.
"Kalau kita yakin dengan pengurusan, kita tidak akan menjual saham itu, lihat bagaimana Sime Darby dan Guthrie walaupun terdedah dengan risiko, tetapi mereka dapat bertahan.
"Kita peneroka tidak dapat mengikut jejak mereka yang jual beli saham, jadi simpan saham kita kerana masa depan akan menguntungkan," tegas beliau.
Katanya, penyenaraian FGV adalah cara untuk memodenkan Felda dan apabila saham dipasarkan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk dari luar negara.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : Jangan Terpengaruh Dakyah Pembangkang FELDA hanya satu di dunia

No comments:

Post a Comment