Pages

Wednesday 31 October 2012


Fitnah pembangkang tiada kesan kepada Felda


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda tidak sedikit pun meninggalkan kesan berikutan segala tuduhan tersebut tidak benar dan bersifat politik.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menegaskan, sehingga kini, kepercayaan peneroka terhadap konglomerat itu masih utuh.
Katanya, bukti paling jelas, sebelum ini pembangkang pernah mendakwa Felda muflis sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.
''Ini soal politik. Kita kena lawan dari segi politik dan bila habis pilihan raya nanti mereka akan diam.
''Kita buat perkara yang betul. Sudah tentu peneroka tak percaya dengan isu-isu yang dilemparkan itu," katanya.
Beliau ditanya kesan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda dalam sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Sijil Pelajar Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda 2012 di sini hari ini.
...

Ulasan : Oleh Nasah Ati


Fitnah jika tak dibenteras dikhuatiri akan menjadi barah.  Jangan disebabkan ada agenda tersembunyi ataupun apa-apa yang dihajati terhalang atau tak kesampaian, semua kebenaran dikatakan sebagai pembohongan, yang betul dikatakan salah, fakta dikatakan sebagai "auta".  Kalau begini la cara kita sebagai umat Islam bumiputera bertindak, sampai bila pun kita tak akan maju dan menjadi bangsa yang dihormati..... maka bangsa asing lah yg akan terus maju dan terkehadapan meninggalkan kita.  Sebab apa?  Sebab mereka sentiasa bersatu hati dalam melakukan apa perkara jua pun, tapi kita..???  Sentiasa berbalah, berpecah belah, caci mencaci, kutuk mengutuk dan fitanh memfitnah sesama kita.  Akhirnya apa yang kita dapat?  

Jangan sampai  nanti kita terasing di bumi sendiri.  Betul lah kata si bijak pandai "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".  Maka marilah kita hayati la bait-bait lagu ini.... WARISAN  (versi asal)


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Genting bukan pemegang saham FGV


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sekali lagi menegaskan Genting Bhd. (Genting) bukan pemegang sahamnya kerana syarikat tersebut tidak pernah ditawarkan sebarang saham semasa atau selepas Tawaran Awam Permulaan dibuat.
Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad menegaskan, saham FGV adalah mematuhi syariah meskipun Genting memutuskan untuk menjadi pemegang saham FGV pada masa depan.
“Majlis Syariah telah mengesahkan mengenai status halal saham FGV.


PAKU SAID : Puak-puak KAHAK ijau tu memang kaki Putaq

Tuesday 30 October 2012

'Durian runtuh' fasa ketiga bulan depan


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM5,000  bagi pusingan ketiga kepada generasi kedua peneroka Felda akan mula diagihkan pada November ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri majlis pemberian 'durian runtuh' tersebut pada Himpunan Generasi Baharu Felda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 November ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian fasa ketiga itu melibatkan peruntukan sebanyak RM563 juta.
Menurutnya, kaedah pemberian 'durian runtuh' itu adalah sama seperti dua fasa sebelumnya.
"Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk menerima wang itu atas nama perseorangan atau dibahagikan kepada adik-beradik yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, majlis Himpunan Generasi Baharu Felda tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka, pameran dan forum.
"Kita anggar seramai 10,000 orang akan memeriahkan acara selama tiga hari ini, jangkaan 8,000 terdiri daripada generasi muda Felda dan baki lagi 2,000 para peneroka sendiri," katanya.
Sementara itu, ketika diminta penjelasan berhubung seorang individu dari Sabah memiliki sejuta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV), beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Jelas beliau, Sabah telah diberikan pemilikan saham FGV sebanyak lima peratus.
"Tiada individu yang menerima satu juta unit saham FGV melainkan kerajaan Sabah yang menerima saham lima peratus," tegasnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : Dulu dia org kata FELDA dah Muflis.... kah kah kah kraaahhhh puihhhhh kahak ijau

Monday 29 October 2012

Sokongan masyarakat Felda kepada BN meningkat

 

KUANTAN 29 Okt. - Sokongan masyarakat Felda di seluruh negara terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat ekoran program turun padang yang dilaksanakan oleh pemimpin negara dan agensi itu bagi mendekati para peneroka di tanah rancangan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya turun padang untuk menjelaskan mengenai isu yang diputarbelitkan oleh pembangkang kerana tidak mahu peneroka terkeliru mengenainya.
"Sekarang kita dapat lihat beberapa isu dah senyap, isu pada awalnya Felda bankrap dah tak timbul, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan tanah peneroka digadai ada sedikit tapi dah tak banyak.
"Mereka (pembangkang) ini akan buat pelbagai cerita dan kita perlu terangkan kepada warga peneroka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Transformasi Komuniti: Felda Dihati, Janji Ditepati peringkat Felda Wilayah Kuantan di Felda Bukit Goh di sini hari ini.


Paku Said : BN perlu kerja keras 

Sunday 28 October 2012

Sudan minat guna konsep Felda


PARA peneroka Felda dari Wilayah Terengganu gembira menunjukkan replika cek yang diterima dalam majlis Korban Perdana dan Penyampaian Dividen Felda Global Ventures Holdings di pekarangan Masjid Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
SETIU 28 Okt. - Kejayaan serta pencapaian gemilang Felda yang kian menyerlah telah menarik minat Sudan untuk menggunapakai konsep dan kepakaran Felda dalam membangunkan sektor perladangan di negara berkenaan.
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad ketika mengesahkan perkara itu berkata, Sudan berminat menjadikan teknologi serta konsep yang dilaksanakan Felda untuk membangunkan bidang penanaman khususnya mengkomersialkan tanaman gam Arab di negara itu.
Jelas beliau, pelawaan itu disuarakan oleh kerajaan Sudan menerusi duta negara itu ke Malaysia agar Felda menghantar wakil bagi menghadiri Persidangan Majlis Perniagaan Malaysia-Sudan yang dijadual diadakan di ibu negara berkenaan pada 2 November ini.
Menurutnya, selain beliau sendiri, Malaysia turut diwakili para pegawai tertinggi Felda ke persidangan tersebut manakala majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Duta Sudan telah datang jumpa saya sambil menyatakan minat mereka dengan konsep Felda dan secara kebetulan pula Dr. Mahathir akan merasmikan persidangan itu nanti.
"Beliau (duta Sudan) telah jemput kita (Felda) untuk terangkan konsep yang diamalkan oleh Felda terutama dalam membantu mereka membangunkan penanaman gam Arab selain minat menanam kelapa sawit," katanya.
Isa menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Korban Perdana dan Penyampaian Dividen Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pekarangan Masjid Felda Chalok Barat, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha'ari Idris dan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee.
Menurut Isa, keyakinan Sudan untuk mempelajari teknologi serta kepakaran Felda turut didorong keadaan negara berkenaan yang semakin pulih dan stabil.
"Kerajaan negara berkenaan juga akan memberi perhatian untuk membangunkan masyarakat di sana dan pada mereka, Felda adalah contoh terbaik," jelasnya.
Mengenai isu kejatuhan saham FGVH, beliau turut berharap harga saham itu akan kembali melonjak selepas masalah harga komoditi sawit dunia kembali stabil.
"Saham (FGVH) jatuh bergantung kepada harga kelapa sawit dunia, insya-Allah saham (FGVH) akan naik semula selepas ini," ujarnya.


PAKU SAID : Felda hanya satu didunia

Saturday 27 October 2012

Kompleks Sukan Komuniti beri kemudahan kepada 4,000 peneroka

gambar hiasan

RAUB 26 Okt. - Seramai 4,000 penduduk Felda Tersang 3 di sini gembira berikutan projek Kompleks Sukan Komuniti (KSK) yang bernilai RM2.86 juta berjaya disiapkan mengikut jadual.
Kompleks yang dikenali sebagai Kompleks Sukan Semai Bakti Tersang itu membolehkan warga peneroka termasuk golongan belia dapat melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi pada hujung minggu.
Bangunan itu yang mula dibina pada 2007 dan siap setahun kemudian dirasmikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang melakukan lawatan kerja ke tanah rancangan tersebut baru-baru ini.
Antara kemudahan yang disediakan ialah masing-masing dua gelanggang futsal, bola tampar dan bola bola jaring manakala lapan gelanggang badminton serta sepak takraw yang boleh dilaksanakan pertandingan serentak untuk sesuatu perlawanan sukan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Tersang 3, Ab. Rahman Zakaria berkata, kompleks tersebut memberi kemudahan bagi kegiatan riadah secara berpusat di kalangan komuniti tanah rancangan itu dan penduduk dari Felda berdekatan.
"Ketiadaan KSK sebelum ini menyebabkan keadaan tanah rancangan di sini agak sunyi daripada sebarang kegiatan sukan tertentu dan kesukaran pihak penganjur untuk melaksanakan beberapa pertandingan.
"Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri menerusi syarikat konglomerat Felda yang prihatin membina kompleks ini dan dianggap sebagai prasarana terbesar di Gugusan Felda Tersang," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.
Menurut Ab. Rahman, kemudahan itu juga boleh dikongsi oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tersang 3 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tersang 2 bagi memanfaatkan latihan serta pertandingan sukan menerusi program kokurikulum masing-masing.
"Bangunan itu juga dilengkapi tiga buah premis makanan, sebuah pejabat pengurusan dewan, surau dan tandas untuk kemudahan orang ramai.
"Kita mengenakan caj penggunaan berpatutan untuk menampung bayaran bil elektrik dan air antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan yang diselenggarakan oleh pejabat Felda di sini," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan mengenakan caj sewa guna berasaskan satu jam pengunaannya iaitu untuk permainan futsal (RM50), bola tampar (RM40), badminton (RM15) dan sepak takraw (RM15).
Katanya, kemudahan lojistik yang moden, keselesaan ruang parkir dan laluan keluar masuk juga mendapat perhatian pengurusan Felda Wilayah serta agensi kerajaan negeri menggunakan kemudahan di sini untuk penganjuran pertandingan atau acara keramaian.


© Utusan Melayu (M) Bhd



paku said : ada sama ke dengan Ladang Rakyat? kui kui kui

KPFM bina 80 rumah di Bera



dulu
kini


BERA 26 Okt. - Sebanyak 80 unit rumah dibina oleh Koperasi Peneroka Felda Mayam (KPFM) di sini menerusi skim pinjaman perumahan Felda sejak awal tahun ini.
Pengerusinya, Mohammad Saidin berkata, aktiviti berkenaan merupakan bidang baru diceburi pihaknya bagi meningkatkan pendapatan peneroka yang menjadi ahli koperasi itu sejak tahun lalu.
Menurutnya, peneroka yang menyertai skim tersebut layak mendapat pinjaman antara RM15,000 hingga RM40,000 bagi membaiki atau membina rumah baru.
"Kita mempunyai strategi sendiri bagi memastikan projek pembinaan rumah itu dilaksanakan dengan terancang dan teratur," katanya di sini.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Paku said : Peneroka pandai menilai....

Felda tampung kos pinjaman PTPTN



NAJIB mengandar cenderahati yang disampaikan oleh wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai, Besut semalam.



BESUT – Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluaskan peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.
Beliau berkata, Felda dijangka memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.
“Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Najib, keputusan Felda itu juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain mencerminkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda untuk memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.
Katanya, seramai 2,000 peserta akan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus latihan dan kemahiran seperti program di bawah skim Malaysia Airlines (MAS) yang menawarkan kursus kejuruteraan penyenggaraan pesawat serta institusi-institusi lain.


Paku said : Generasi baru Felda banyak peluang pendidikan..... 

Thursday 25 October 2012

Majukan sukan angkat berat, tinju di Felda



MOHD. ISA (dua dari kanan) beramah mesra dengan pemenang sukan angkat berat sambil diperhatikan oleh Zafarul Akbar (kanan) di Kompleks Majlis Sukan Negeri di Seremban semalam.



SEREMBAN - Sukan angkat berat dan tinju akan dikembangkan di 11 wilayah Tanah Rancangan Felda di seluruh negara bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak muda warga Felda.
Presiden Persatuan Presiden Tinju Malaysia, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, usaha itu bertujuan melahirkan atlet pelapis dalam dua bidang sukan berkenaan.
"Bagi menjayakannya Majlis Sukan Felda dengan kerjasama dua persatuan sukan ini akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program di 11 wilayah Felda yang telah dikenal pasti.
"Platform ini akan memberi peluang anak-anak muda Felda untuk bersaing dan menimba pengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Angkat Berat Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2012 di Kompleks Majlis Sukan Negeri di sini semalam.


Paku said : Felda Berkhidmat untuk Warga FELDA

100 belia felda sertai Imam Muda




ISA (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta kursus Imam Muda Felda siri pertama 2012 di Bangi semalam.



BANGI – Seramai 100 orang belia dari 11 wilayah Felda di seluruh negara diberikan peluang mengikuti kursus intensif Imam Muda Siri Pertama 2012 anjuran Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menyediakan generasi pelapis imam muda pada masa akan datang.
Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, program tersebut dilaksanakan selepas menyedari penglibatan golongan muda dalam menggalas tugas sebagai pemimpin masyarakat seperti imam semakin berkurangan terutamanya di kawasan perkampungan.
“Kalau dahulu orang di bandar sanggup mencari imam dan kadi hingga ke ceruk kampung, kini sudah ramai tokoh agama tinggal di bandar.
“Imam di kampung pula semakin berkurangan dan Felda beranggapan jika perkara ini berterusan, penduduk di kampung akan kekurangan pelapis yang boleh dijadikan sumber rujukan hal ehwal agama pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup kursus Imam Muda Felda siri pertama 2012 di sini semalam.


Paku Said : Felda Sentiasa meningkatkan Syiar Islam

Salam Aidil Adha




kami mengucapkan SEALAMAT Menyambut aidil adha kepada Warga Felda dan seluruh umat Islam. Semoga umat islam sentiasa di lindungi ALLAH.

Wednesday 24 October 2012

Felda lunaskan RM401.2 juta pinjaman saham FGV peneroka, petugas



TANJUNG MALIM 24 Okt. - Felda telah melunaskan pembayaran pinjaman bank yang dibuat oleh 94,219 peneroka dan 1,890 petugas agensi itu untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 5 dan 8 Oktober lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, proses pengambilalihan pinjaman tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM358.7 juta bagi peneroka dan RM42.5 juta untuk petugas Felda.
Katanya, langkah pengambilalihan pinjaman tersebut dibuat bagi meringankan beban mereka kerana pinjaman dengan Felda tidak dikenakan sebarang faedah.
“Kita akan dapat balik kerana mereka akan bayar secara ansuran. Dalam kata lain, kita akan mendahulukan pembayaran dan mereka akan bayar balik pinjaman kepada Felda tanpa dikenakan faedah. Ini bagi meringankan beban peneroka dan petugas Felda," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah dalam Majlis Graduasi 2012 di Maktab Rendah Sains Mara Felda di Trolak dekat sini hari ini.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut bahawa Felda akan mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGV tetapi tidak menyatakan langkah itu turut melibatkan petugas agensi berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini dipetik sebagai berkata, langkah itu meringankan beban peneroka kerana mereka hanya perlu membayar semula kepada Felda sebanyak RM50 sebulan dalam tempoh lima tahun tanpa dikenakan faedah.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku said : FELDA sentiasa membantu

Tuesday 23 October 2012


APA YANG PENGERUSI ANAK, SDR MAZLAN ALIMAN INGINKAN SEBENARNYA?


Sumber : AGENDA DAILY
oren6-leadxx

"Mungkin kalau ditanya peneroka, ramai antaranya sudah bosan dengan taktik pembangkang terutama PAS yang berterusan memburukkan mereka serta Felda.Pasti mereka juga hairan kenapa Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terus ‘sawan’ dengan menghentam Felda terutama langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini ..........

Terbaru, usaha PAS dan Mazlan memalukan peneroka lain dan Felda melalui himpunan Oren di ibu negara, pada Sabtu bertujuan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyuarakan rasa tidak puas hati segelintir peneroka terhadap Felda......

Pasti itu mesej jelas pada Mazlan, cukup-cukuplah hentam Felda...kalau sesat hujung jalan, kembali ke pangkal jalan...jangan malu kalau nak durian runtuh RM15000 yang Felda bagi...."

Rule Line / Divider - vector Royalty Free Stock Vector Art Illustration
Coretan untuk Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK

Oleh : Nasah Ati

Apa yang saya perhatikan, Mazlan Aliman (MA), Pengerusi Anak merangkap AJK Pas Pusat begitu ghairah menjual dan menonjolkan diri agar dicalunkan lagi dalam PRU 13 yang akan datang.  MA asyik nak membongkar dan mencari kesalahan orang lain dan kerajaan terutamanya Felda. Felda yang saya anggarkan mempunyai 95% peneroka dan kakitangan berbangsa Melayu dan beragama Islam, menjadi sasaran utama MA.  Kenapa ini berlaku?  Sedangkan di tanah rancangan Felda lah tempat MA membesar, bermain dan belajar sehingga menjadi "orang".  Malangnya MA tidak bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang beliau perolehi.  

Apa yang boleh saya katakan ialah "beliau adalah seorang anak peneroka yang tidak mengenang budi".   Sebab apa saya berkata begitu?  Sebab organisasi bertuah inilah yang  beliau asyik kacau dan ingin musnahkan selama ini.  Mungkin beliau tidak sedar telah dipergunakan.  Berpuluh tahun Felda dibina sejak zaman Allahyarham Tun Razak lagi, sejak zaman susah sehinggalah sekarang.  Setelah berjaya dan dikenali diserata dunia, sanggupkan kita biarkan MA musnahkan begitu saja?  Apakah sebabnya MA sanggup menjadi dalang untuk memusnahkan organasasi Felda?  Bagi saya, tak lain dan tak bukan adalah kerana MA mahu membuktikan bahawa MA seorang insan yang boleh diharapkan dan layak menjadi calun dalam PRU 13 yang akan datang.  Biar pihak atasan MA dan sekutunya nampak MA buat kerja, lagi dekat PRU13 lagi galak membongkar.   Inilah yang MA inginkan sebenarnya - MENJADI CALUN POPULAR DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Saya berpendapat, kalaulah benar ada kepincangan dan ketirisan, di Felda sahaja kah yang berlaku? Bagaimana dengan begitu banyak organisasi terutama organisasi yang diterajui dan dimiliki oleh bangsa asing yang melakukan perkara yang sama malah lebih hebat lagi? Hatta perkara penyelewengan dan ketirisan juga banyak berlaku di negeri yang diperintah oleh kuncu-kuncu MA seperti di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.  Saya pasti MA sedar tentang perkara ini. Soalan saya, adakah bangsa asing "sahabat MA" ini telah dan akan membuat perkara yang sama sebagaimana yang MA lakukan terhadap Felda, sebuah organisasi yang dipunyai, diterajui dan dihuni oleh kaum bumiputra Islam seperti beliau? Jawapannya pasti tidak. Saya tidak hairan jika suatu hari nanti nama Felda akan hilang bukan saja di Malaysia, malah di mata dunia disebabkan oleh sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh MA dan rakan-rakan MA yang tidak mau melihat kesenangan dan keharmonian para peneroka dan kakitangan yang telah ujud sejak sekian lama. Pada ketika itu saya pasti MA sudah tak ada dimuka bumi ini lagi dan yang akan kecewa dan menderita nanti tiada sesiapa kecuali anak cucu kita juga terutama anak dan cucu MA kerana MA berasal, pernah tinggal, membesar dan belajar di Felda. 

Oleh itu berpada-pada lah dalam melakukan dan berkata sesuatu, jangan asyik nak mengejar kedudukan dan  kuasa yang akhirnya tidak ke mana, anda yang akan menyesal dan menderita. Apapun yang pasti, MA percayalah "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".

Warga Felda perlu waspada

Wartawan Sinar Harian

Hanafi
Hanafi (kiri) bersama Rasman (tengah) dan Samsudin (kanan) pada jamuan hari raya dan majlis meraikan bakal haji dan hajah peringkat Felda Wilayah Johor Bahru semalam.
KOTA TINGGI - Warga Felda dinasihati agar sentiasa mengamalkan sikap berjaga-jaga supaya mereka terhindar daripada terlibat dengan sebarang agenda yang bertujuan untuk merosakkan keharmonian  tanah rancangan ini.
Ketua Peneroka Gabungan Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Wilayah Johor Bahru, Samsudin Othman berkata, dia amat kecewa kerana pada hari ini ada dalam kalangan warga Felda yang sanggup mengambil tindakan untuk menyaman pihak  Felda sendiri.
Menurutnya, sedangkan Felda sendiri mengamalkan sikap yang telus kepada semua penduduk untuk menerima sebarang aduan dan mengadakan perbincangan.
“Kita percaya perkara ini tidak akan terjadi jika tidak ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kelemahan warga peneroka. Oleh yang demikian, warga Felda mestilah sentiasa berwaspada agar kita tidak terus dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan,” katanya pada jamuan hari raya dan majlis meraikan bakal haji dan hajah peringkat Felda Wilayah Johor Bahru di Dewan Serbaguna Felda Lok Heng Barat, semalam.
Samsudin berkata, orang Melayu perlu untuk mempertahankan apa yang ada di bawah pentadbiran kerajaan agar tidak menyesal sekiranya gagal dipertahankan yang menjadi milik bangsa ini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili, Rasman Ithnain berkata, ibu bapa juga haruslah memainkan peranan memastikan anak-anak memiliki ilmu sekurang-kurangnya dengan memiliki diploma.
Jelasnya, kita mahu nama Felda bukan hanya terkenal dengan kekayaannya sahaja malah masyhur dengan generasi mudanya yang berilmu.
“Sebagai ibu bapa juga janganlah menganggap tanah seluas 10 ekar yang kita miliki itu akan terus mewarisi kekayaan kepada anak anak kita. Tanpa ilmu, anak-anak boleh melakukan pelbagai perkara negatif termasuklah bertindak menjual tanah itu.
“Sebaliknya, jika berilmu mereka boleh berfikir dengan lebih matang. Malah, hanya dengan ilmu sahajalah yang akan dapat membela nasib anak-anak dan seterusnya menjadikan mereka berjaya pada masa akan datang,” katanya.
Hadir sama, Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Hanafi Suhada; Pengerusi Gabungan GPW Wilayah Johor Bahru, Sariah Hashim, Timbalan Pengerusi JKKR Felda Lok Heng Barat, Azilah Ahmad.


Paku Said : perosak bangsa memang ramai .. hati-hati dakyah pembangkang

Monday 22 October 2012

Segera ambil tindakan terhadap Suaram, Anak

SEJAK akhir-akhir ini negara dikejutkan dengan status Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara haram dan dikatakan mendapat pembiayaan dana asing iaitu daripada penyangak mata wang, Geogre Soros.
Peranan Suaram yang lebih cenderung untuk memburuk-burukkan pemimpin dan reputasi kerajaan telah membuka mata rakyat yang rasional dan patriotik akan wujudnya pertubuhan haram sebagai 'musuh dalam selimut'.
Tidak lama kemudian, rakyat digemparkan pula dengan status Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang juga tidak didaftarkan sebagai pertubuhan sah di sisi undang-undang.
Anak berlagak sebagai hero dengan melantik diri sendiri kononnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah membelenggu masyarakat peneroka Felda.
Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM) memandang serius tindak-tanduk pertubuhan itu yang sering memanipulasi isu-isu kecil bagi tujuan politik pembangkang.
Presiden Anak, Mazlan Aliman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat merupakan calon Pas di Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-12.
Setiap isu yang dimainkan Anak lebih berorientasikan kepada kepentingan politik Pas dan bukannya untuk faedah warga peneroka secara keseluruhannya.
Pas telah menjadikan Anak sebagai batu loncatan untuk mempengaruhi warga Felda supaya menolak Felda dan kepimpinan kerajaan yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Warga Felda sudah bijak menilai yang mana kaca atau intan, sekali gus menganggap pertubuhan haram itu sebagai pengacau perpaduan dalam masyarakat Felda.
Sebarang tohmahan dan adu domba yang dibawa Anak lebih kepada seperti jenaka bangsawan yang mana 'sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina'.
Oleh itu, kerajaan perlu mengambil perhatian serius dengan mengambil tindakan tegas terhadap Suaram dan Anak yang sering menabur fitnah dan mengganggu ketenteraman masyarakat.
Alumni MBFM mendesak kerajaan segera bertindak terhadap pertubuhan haram ini supaya dapat mengekang perbuatan mereka yang sanggup memberi imej buruk terhadap negara.
Dalam konteks Felda, Anak tidak diperlukan bagi memperjuangkan nasib warga Felda kerana sudah ada organisasi sah dan diiktiraf Felda dan kerajaan untuk membela nasib golongan itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : memang hampeh punya olang

Sunday 21 October 2012

SESAL TAK PERNAH DATANG DULU

By : Nasah Ati


Kediaman sendiri untuk generasi baru Felda
TEMERLOH 7 Okt. - Warga peneroka Felda di negeri ini menyambut baik Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1.5 bilion bagi membina 20,000 unit rumah di tanah rancangan itu dalam tempoh lima tahun........

Alhamdulillah, satu lagi pengumuman durian runtuh untuk generasi baru Felda. Apa pula nanti kata Sdr Mazlan Aliman seorang anak peneroka Felda berbangsa Melayu, beragama Islam merangkap Pengerusi Anak yang kononnya mewakili majoriti masyarakat anak anak Felda? Satu lagi gula-gula dari PM dan kerajaan BN? Semua yang baik dari kerajaan BN akan dikatakan tidak baik. Yang baik hanya datangnya dari mereka sahaja? Inilah yang dikatakan anak peneroka yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Untuk membina sesuatu yang baik, amat payah dan mengambil masa yang agak lama. Tetapi untuk meruntuhkan, menghina, tidak mengiktiraf sesuatu perkara yang telah, sedang dan akan dibina amat MUDAH. Dan itu lah yang selama ini dilakukan oleh Sdr Mazlan Aliman,. APA KESUDAHANNYA NANTI? Jawapannya: Maruah dan keistimewaan orang Melayu Islam yang akan tergadai. SIAPA YANG UNTUNG DAN BERTEPUK TANGAN NANTI? Jawapannya: Sudah pasti kaum bukan pribumi anti Melayu Islam yang mengidam untuk melihat kejatuhan ISLAM, BANGSA MELAYU dan RAJA-RAJA MELAYU. Adakah ini yang saudara inginkan berlaku terhadap anak cucu kita? Pada ketika itu nanti, saya pasti Sdr Mazlan Aliman sudah menghilang ENTAH DI MANA......Apa yang pasti : "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".

'Sengaja timbul persepsi jahat'


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Felda menafikan dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa 400 juta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dimiliki oleh Genting Berhad.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan itu sengaja dilakukan bagi memberi gambaran palsu dan menimbulkan persepsi jahat kepada peneroka tentang penyenaraian FGV di Papan Utama Bursa Malaysia.
Tegas beliau, semasa proses pra-IPO, tiada saham yang diperuntukkan kepada Genting Berhad dan mengikut peraturan Bursa Malaysia, mana-mana pemilikan baru saham yang melebihi 5 peratus perlu diumumkan melalui laman Pengumuman Bursa Malaysia.
"Sekiranya Genting Berhad memiliki 12 peratus saham dalam FGV, Genting perlu memfailkan notis pemilikan saham tersebut.
"Bagaimanapun, sehingga kini tiada notis yang difailkan oleh Genting kepada FGV," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap, Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda, Abdul Malek Jalil.
Beliau mengulas kenyataan Mazlan di dalam artikel bertajuk '400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting' yang disiarkan oleh lidah rasmi Pas, Harakah pada 10 September lalu.
Menurut Ahmad, pemegang saham terbesar FGV adalah Tabung Amanah Peneroka iaitu sebanyak 20 peratus dan diikuti Felda Asset Holdings Company Sd. Bhd. sebanyak 17 peratus.
"Pemegang saham terbanyak selepas itu pula dimiliki oleh Lembaga Tabung Haji iaitu sebanyak 7.78 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7.49 peratus.
"Jadi macam mana dia (Mazlan) boleh kata Genting ada 12 peratus?" katanya sambil menunjukkan senarai pemegang saham dalam FGV kepada pemberita.
Menjawab dakwaan Mazlan dalam artikel bertajuk 'KWSP selamatkan Felda' yang disiarkan di dalam lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan pada 25 September lalu, Ahmad Maslan berkata, ia juga merupakan satu lagi fitnah yang dibuat tanpa asas yang kukuh.
Menurut Ahmad, semasa penyenaraian, KWSP memegang 184.7 juta unit saham FGV namun jumlah tersebut dianggap terlalu kecil berbanding saham syarikat iaitu sebanyak 3.6 bilion unit.
Oleh yang demikian, katanya, KWSP memohon untuk menambah pelaburan di dalam FGV selepas penyenaraian dan sehingga kini, unit sahamnya meningkat kepada 273.3 juta (7.49 peratus).
"Nilainya (unit saham) hampir sama dengan Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
"Jadi tidak timbul bahawa KWSP selamatkan Felda kerana kita cuma selaraskan dengan yang lain-lain," katanya.
Ahmad turut menafikan kenyataan Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakob yang disiarkan melalui Harakah dalam artikel bertajuk 'Penyenaraian membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGV'.
Beliau berkata, penyenaraian FGV telah memberi perolehan dana sebanyak RM9.9 bilion kepada Felda dan FGV seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 baru-baru ini.
Beliau juga menafikan beberapa artikel lain seperti 'Kejatuhan saham Felda Global Ventures (FGV)', 'Dividen Interim langgar prosedur' dan 'Laporan Kewangan Interim tidak diaudit' yang disiarkan di kedua-dua buah akhbar propembangkang itu.
Menjawab pertanyaan pemberita sama ada pihaknya akan memfailkan saman, beliau berkata perkara itu akan dipertimbangkan kerana sebelum ini Felda pernah menyaman Suara Keadilan berhubung artikel yang juga berunsur fitnah.
"Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan sama ada akan mengambil tindakan saman atau tidak.
"Apa yang saya harapkan ketika ini adalah hentikanlah fitnah ke atas Felda, daripada membuat fitnah lebih baik kita sama-sama bangunkan Felda ini," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd


PAKU SAID : Memang Dasar Perosak Bangsa... nyah kau

Felda banyak membantu rakyat - Tengku Razaleigh

GUA MUSANG 14 Okt. - Felda telah banyak membantu rakyat terutama dari negeri ini dan para peneroka perlu berterima kasih kepada kerajaan yang telah mengadakan program tanah rancangan itu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kejayaan program pembangunan tanah tersebut telah mengubah hidup rakyat pada hari ini.
Beliau berkata, nikmat tersebut telah dirasai oleh rakyat terutama dari negeri itu kerana sebahagian besar peneroka adalah berasal dari Kelantan dan ditempatkan di tanah-tanah rancangan tersebut.
"Kalau tidak salah saya kira-kira 50 peratus peneroka Felda Jengka adalah berasal dari Kelantan dan Felda adalah satu gagasan yang baik.
"Sumbangan Felda telah banyak membantu negara seperti hasil minyak sawit yang menyumbang kepada pendapatan negara ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Janji Ditepati Felda di Klinik Kesihatan Chiku 3, di sini hari ini
Turut hadir, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad; Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razen Ahmad Maher; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah dan ADUN Galas, Ab. Aziz Yusoff.
Dalam majlis tersebut, Felda turut menyerahkan sebuah ambulans untuk kegunaan klinik kesihatan tersebut di samping menyampaikan replika cek kepada penerima program Kasih Felda bagi membaiki rumah.
Tengku Razaleigh berkata, peneroka Felda yang menerima saham daripada penyenaraian Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) perlu memanfaatkannya sebaik mungkin.
Katanya, ia merupakan satu nikmat yang diperoleh dan tiada pihak yang boleh mempertikaikannya.
"Kalau kita yakin dengan pengurusan, kita tidak akan menjual saham itu, lihat bagaimana Sime Darby dan Guthrie walaupun terdedah dengan risiko, tetapi mereka dapat bertahan.
"Kita peneroka tidak dapat mengikut jejak mereka yang jual beli saham, jadi simpan saham kita kerana masa depan akan menguntungkan," tegas beliau.
Katanya, penyenaraian FGV adalah cara untuk memodenkan Felda dan apabila saham dipasarkan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk dari luar negara.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Paku Said : Jangan Terpengaruh Dakyah Pembangkang FELDA hanya satu di dunia

Ladang Rakyat tak serupa Felda

LAPORAN Audit Negara pada 2008 pernah mempersoalkan mengapa kerajaan Kelantan hanya mendapat balik pulangan dari aspek royalti dan premium sahaja daripada pengurusan tanah Ladang Rakyat kelolaannya.
Terbaru, kegagalan program itu dalam objektifnya mengurangkan kemiskinan turut ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mendapati pulangan yang diperoleh kerajaan melalui sewaan atau pajakan kepada syarikat untuk membangunkan ladang kelapa sawit amat rendah.
Sebelum inipun, dipersoalkan mengapa pihak syarikat mengaut keuntungan besar daripada program ini. Adakah ini jelas menunjukkan program Ladang Rakyat menyimpang daripada matlamat asal?
Barangkali analisis Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tepat apabila mengulas isu Ladang Rakyat di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini: "Ada orang buat Ladang Rakyat tetapi akhirnya buah sawit yang tak gugur tetapi tanah yang gugur. Bukan mudah hendak ikut Felda kalau sekadar mahu berpolitik."
Ladang Rakyat yang merupakan satu projek diusahakan oleh Kerajaan Pas Kelantan di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat ditubuhkan pada 26 Januari 2006. Perbadanan ini diurus tadbir oleh Kerajaan Pas Kelantan.
Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan melalui sektor perladangan. Kelayakan untuk menjadi pesertanya memang molek. Mereka mesti rakyat Kelantan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM530 sebulan. Tetapi proses pemilihan calon peserta ini ketat.
Pencalonan rakyat miskin dilakukan oleh Penghulu lantikan kerajaan negeri dan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pas atau penyelia DUN Pas bagi kawasan yang dimenangi Barisan Nasional (BN).
Peserta juga boleh digugurkan selepas menyertai program sekiranya dia gagal menghadiri aktiviti-aktiviti peneguhan jati diri anjuran Perbadanan Ladang Rakyat sebanyak tiga kali. Setakat Julai 2006, jumlah peserta program adalah seramai 4,332 orang.
Penulis difahamkan, walaupun peserta diberikan dividen berjumlah RM200 sebulan, mereka tidak melepasi tahap miskin tegar kerana jumlah besar terakhir masih di paras RM730. Ini bermakna program Ladang Rakyat tidak dapat melonjakkan pendapatan peserta, sekali gus gagal dalam mencapai matlamat penubuhannya.
Peserta Ladang Rakyat juga dikatakan tidak terlibat secara langsung dalam mengusahakan tanah tersebut. Tanah-tanah kerajaan yang diambil untuk tujuan Ladang Rakyat diusahakan oleh syarikat-syarikat persendirian. Ini tidak seperti mana yang dilakukan oleh Felda yang mana peserta mengusahakan tanah mereka sendiri dengan bantuan kerajaan.
Meskipun ada cakap-cakap atau dakwaan menyatakan Ladang Rakyat ini digunakan untuk kepentingan parti tertentu, namun tidak diketahui pula sejauh mana kebenarannya. Tetapi didakwa terdapat sejumlah hampir 40 syarikat telah mendapat konsesi balak di Hulu Kelantan seluas kira-kira 50,000 hektar yang nilainya dikatakan dalam lingkungan mencecah RM1 bilion.
Apakah benar program Ladang Rakyat menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pesertanya? Berikut antara pelbagai rungutan dikemukakan oleh rakyat Kelantan:
1. Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan didakwa merampas tanah rakyat.
2. Rakyat di Kampung Serian sanggup keluar beramai-ramai untuk mempertahankan tanah mereka. Ini didakwa berlaku di Kampung Miak dan Kuala Malligai.
3. Tiada sebarang pampasan diberikan, janji untuk membayar pampasan tidak ditunaikan dengan alasan iaitu selagi tidak mendapat geran, selagi itulah tanah tersebut tidak menjadi hak milik mereka.
4. Pemilihan peserta ladang rakyat dibuat semata-mata untuk kepentingan politik dan mereka yang melakukan kerja-kerja parti serta menghadiri ceramah parti.
5. Program ladang rakyat ini juga tidak memberikan pemilikan tanah kepada peserta.
6. Masyarakat Orang Asli menghadapi nasib yang sama kerana tanah mereka diambil oleh kerajaan.
7. Hanya sebahagian kecil ladang rakyat telah mengeluarkan hasil dan selebihnya masih diusahakan.
8. Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan perbadanan ini telah mendapat keuntungan besar daripada hasil pembalakan.
Dan barangkali boleh dipetik ungkapan Mohd. Isa di Gua Musang tempoh hari: "Sejarah Felda amat panjang dan ramai yang tidak menyangka ia akan menjadi seperti yang ada pada hari ini.
"Faktor paling penting kejayaannya ialah mempunyai pemimpin yang baik dan kerajaan yang kukuh."

© Utusan Melayu (M) Bhd

Paku said : kepada Generasi baru Felda... Menyesal tak pernah Datang Dulu

Felda Sahabat baiki 1,300 rumah rakyat miskin di Sabah

KOTA KINABALU 8 Okt. - Sebanyak 1,300 rumah rakyat termiskin di Sabah selesai dibaiki oleh Felda Sahabat setakat ini tahun ini manakala 300 lagi dijangka siap menjelang akhir tahun, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, sebanyak RM24 juta, iaitu 30 peratus daripada keuntungan Felda diperuntukkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat tersebut di 16 kawasan Parlimen di negeri ini.
"Sebelum ini Felda melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja membaiki rumah, tetapi di bawah pelaksanaan Strategi Lautan Biru, projek ini dilakukan secara bergotong-royong bersama agensi di bawah tanggungjawab saya.
"Untuk projek ini, Felda mengeluarkan peruntukan daripada keuntungannya, manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melaksanakan kerja-kerja membaiki rumah sebagai sebahagian usaha murni mereka semantara Biro Tata Negara memanggil orang ramai untuk turut serta dalam projek gotong-royong," katanya pada Majlis Bersama Media di sini malam tadi. - BERNAMA
Sumber : Utusan Online

Kediaman sendiri untuk generasi baru Felda

TEMERLOH 7 Okt. - Warga peneroka Felda di negeri ini menyambut baik Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1.5 bilion bagi membina 20,000 unit rumah di tanah rancangan itu dalam tempoh lima tahun.
Ketua UMNO cawangan Felda Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, langkah itu memberi sinar baru kepada generasi baru Felda untuk memiliki kediaman sendiri di tanah rancangan tersebut.
"Peruntukan besar itu membuktikan Perdana Menteri seorang pemimpin yang bijak menyelami masalah rakyat kerana golongan berkenaan memerlukan rumah bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bagi Naib Presiden Persatuan Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (PAMBFM), Abdul Rahman Basri, beliau berharap usaha itu dapat disegerakan kerana permintaan terhadap kediaman tersebut semakin meruncing.
Setiausaha AMBFM, Suhaimi Tan berkata, masalah perumahan generasi kedua sering dibangkitkan dalam setiap majlis bersama golongan itu kerana perkara berkenaan sering mendapat perhatian daripada mereka.
Tambahnya, bajet yang dibentangkan itu melegakan hati golongan berkenaan sekali gus berharap pelaksanaannya dapat disegerakan terutama di kawasan kritikal seperti di Wilayah Felda Jengka.
Seorang anak peneroka Felda Jengka 14, Mohamad Razali Mamat, 35, berkata, perkara itu memberi peluang luas kepada generasi baru memiliki kediaman sendiri kerana ia merupakan impian bagi setiap anak peneroka.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang sangat mengambil berat terhadap keperluan generasi baru Felda yang sudah ramai memiliki keluarga sendiri," katanya.
Seorang Peneroka Felda Triang, Mat Jidi Yaakob, 60, berkata, banyak kawasan tanah kosong di setiap tanah rancangan sangat sesuai untuk dibina rumah kediaman untuk generasi baru.
"Penyediaan rumah untuk golongan itu akan menghalang lebih ramai berhijrah ke bandar sekali gus membolehkan tenaga produktif kekal di tanah rancangan," katanya.
Sumber : Utusan Online