Pages

Tuesday, 9 April 2013

Dividen kedua FGV 8.8 sen, Julai ini


PEKAN 9 April - Pemegang saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) bakal menikmati dividen kedua sebanyak 8.8 sen seunit pada Julai ini selepas pembayaran pertama iaitu dividen interim pada November lalu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, dividen tersebut akan dibayar selepas mesyuarat agung FGV bersama pemegang saham yang dijadualkan 28 Jun ini iaitu genap setahun selepas disenaraikan.
"Pembayaran dividen sebanyak 8.8 sen sesaham itu akan dibayar selewat-lewatnya pada awal Julai ini.
"Menariknya, para peneroka bakal mendapat dividen antara RM400 hingga RM500 seorang dengan hanya 'goyang kaki' kerana masing-masing diberikan 800 unit saham sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Pengerusi Felda Bersama Warga Felda Gugusan Chini di Pusat Latihan Felda di sini semalam.
Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar.
Menurut Mohd. Isa, pada Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan semua pemegang saham FGV layak mendapat dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham.
"Ini bermakna para peneroka dan pemegang saham telah memperoleh manfaat daripada dividen berkenaan selepas FGV disenaraikan dengan mendapat keuntungan sebanyak RM1 bilion pada tahun lalu.
"Oleh yang demikian, saya menggesa agar warga peneroka tidak mudah terpedaya dengan tohmahan dilemparkan kepada Felda seperti dilalui ketika keputusan penyenaraian FGV tahun lalu,'' katanya.
Dalam pada itu, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini beliau berharap, peneroka tidak mudah ditipu dengan cerita-cerita tidak benar mengenai Felda oleh pembangkang.
"Sejak 50 tahun dulu, pelbagai cerita yang tidak baik dijaja pembangkang mengenai Felda, tetapi jika kita lihat hari ini, semua yang Felda lakukan adalah demi kepentingan peneroka," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete