Pages

Thursday 13 December 2012

Felda saman Mazlan, Harakah, Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Felda menghantar notis tuntutan saman kepada Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, akhbar milik Pas, Harakah dan akhbar milik PKR, Suara Keadilan berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tuduhan Mazlan mengatakan Felda menjual minyak mentah kepada Israel seperti yang diterbitkan oleh Harakah dan Suara Keadilan adalah tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.
Katanya, kenyataan itu juga telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa.
"Sehubungan itu, Felda menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengambil tindakan awal menyaman Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan mengenai kenyataan itu.
"Notis tuntutan juga dihantar oleh pihak peguam kepada mereka yang terlibat pada 10 dan 11 Disember 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 27 November lalu, Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerbitkan berita bertajuk Najib Mesra Israel manakala Harakah memaparkan berita bertajuk Minyak Sawit Jual ke Israel pada 29 November.
Laporan dalam kedua-dua akhbar pembangkang itu memaparkan dakwaan Mazlan bahawa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.
Mengulas lanjut, Mohd. Isa memberitahu, notis tuntutan sama telah dihantar kepada penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar Harakah serta Suara Keadilan selaku golongan bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.
"Sehubungan itu, kami memberi tempoh selama 14 hari kepada Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan tersebut dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda atas tindakan mereka.
"Jika gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


paku said.... hahahah saman bagi dia org tahu tinggi ke rendahnya langit

No comments:

Post a Comment