Pages

Monday 18 February 2013

Warga Felda perlu syukuri nikmat yang dikecapi - Dr. M

TUN Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
TUN Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan ribuan peneroka Felda dari seluruh negara pada Majlis Bersama Negarawan Ulung di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 18 Feb.- Warga Felda seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi di bawah skim itu yang telah banyak membantu rakyat di negara ini memperbaiki kehidupan terutama di kalangan orang Melayu dari selepas zaman kemerdekaan sehingga sekarang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad berkata, mereka juga perlu berasa beruntung dan bernasib baik kerana kerajaan yang diberi kuasa selepas zaman penjajah terfikir untuk mewujudkan skim seperti Felda yang tidak terdapat di negara lain di dunia.
“Sebenarnya kita disini dapat banyak nikmat, nikmat yang datang sebab kita bernasib baik kerana pemerintah yang dipilih rakyat selepas zaman penjajah tahu tentang bagaimana hendak tolong rakyat dan nasib baik mereka terfikir hendak buat skim Felda.
“Malah tidak ada satu negara di dunia ini yang pernah adakan sistem untuk peneroka seperti Felda ini. Hanya di Malaysia yang ada sehingga ia berjaya menjadi satu tanda kemajuan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), Datuk Sabri Ahmad.
Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sendiri sebagai seorang yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun berasa begitu bangga dengan kewujudan Felda dan fungsinya yang terlalu banyak berjasa kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu.
“Sebelum Felda wujud, ramai kawan-kawan saya terpaksa masuk hutan menebang tebas pokok-pokok untuk dijadikan ladang getah dan sebagainya kerana tiada pekerjaan sehingga ada yang jatuh sakit malah meninggal dunia. Itu semua mereka lakukan tanpa sebarang bantuan dari sesiapa.
“Namun apabila kerajaan dipimpin oleh rakyat kita sendiri selepas zaman penjajah, perkara yang paling diutamakan ketika itu ialah untuk mengatasi kadar pengangguran yang tinggi di kalangan rakyat. Melihat kepada itu, maka kerajaan mengambil langkah mewujudkan skim Felda yang memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang ketika itu," katanya. - UTUSAN

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday 10 February 2013

Mazlan Aliman Kecoh di Felda Sg Tengi

Kehadiran Mazlan Aliman untuk memberi ceramah di Felda Sg Tengi bertukar menjadi hangat apabila penduduk felda dikatakan berkumpul lebih awal sebelum kehadiran Mazlan Aliman untuk menghalang perhimpunan haram tersebut.

Ketegangang berlaku apabila lebih dari 100 orang penduduk felda bertempur dengan unit amal PAS, dimana Unit Amal PAS terpaksa bermati-matian mempertahankan Mazlan Aliman..
Rata-rata penduduk Felda tidak berpuashati dan meminta Mazlan Aliman berambus dari felda tersebut...
Walau bagaimanapun ceramah Mazlan Aliman di Sg Tengi dibatalkan selepas kekecohan berlaku...

Dibawah gambar yang dirakamkan petang tadi... ternyata penduduk Felda tidak mahu Mazlan hadir di kawasan mereka!

Lain kali masuk tempat orang bagi salam dulu... jangan main redah je.. kan dah benjol dahi tu....


sellanjutnya disini

SIAPA GELABAH?

Mazlan Aliman berkata, TS Isa Samad dan Datuk Faizoull gelabah. Hebat bebeno ke si Md Said tu. Bunyi macam hebat sahaja, tetapi aku tengok pihak Felda tak ada kisah sangatpun dengan kemasukan Md Said ni ke PAS.
Bila Mazlan kata pengurusan Felda gelabah, aku cuba juga dapatkan maklumat dari Felda berkaitan hal ni. Ha...ha...ha...dia orang gelak besar beb...gelabah? ...kita tengok siapa yang akan jadi lalat hijau yang akan tersangkut kat sarang lelabah Mazlan! Yang tersangkut tu nanti yang akan gelabah, sebab masing-masing sekarang ni cuma menunggu sahaja apa peluru Md Said. 

selanjutnya disini